|
INSTITUT AKAUNTAN
MALAYSIA
(KAEDAH-KAEDAH PEPERIKSAAN KELAYAKAN) 2002 [P.U.230/2002]
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 7 Akta Akauntan 1967 [Akta 94], Institut Akauntan Malaysia, dengan kelulusan Menteri, membuat
kaedah-kaedah yang berikut:
BAHAGIAN I
- PERMULAAN
| Nama dan permulaan
kuat kuasa |
|
1. |
(1) |
Kaedah-kaedah
ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Peperiksaan Kelayakan Institut Akauntan
Malaysia 2002. |
|
(2) |
Kaedah-Kaedah
ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2002. |
| |
|
|
|
|
| Tafsiran |
|
2. |
Dalam
Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— |
| |
|
|
|
|
| |
“badan peperiksaan” ertinya suatu badan yang dilantik oleh Majlis di bawah kaedah 8 daripada
mana-mana institusi pendidikan tinggi yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual
Ketiga Akta atau badan yang diiktiraf yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual
Ketiga Akta; |
| |
|
|
|
|
| |
“Jawatankuasa
Peperiksaan” ertinya suatu jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis di bawah
kaedah 6 bagi menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan di bawah kaedah 7; |
| |
|
|
|
|
| |
“Peperiksaan
Kelayakan” ertinya Peperiksaan Kelayakan Institut Akauntan Malaysia yang
ditubuhkan di bawah seksyen 15A Akta; |
| |
|
|
|
|
| |
“sijil calon
peperiksaan” ertinya suatu sijil yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan
setelah pengesahan kelayakan calon itu untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan
menurut Kaedah-Kaedah ini. |
| |
|
|
|
|
|