kembali | permulaan | jawatankuasa penyiasatan | jawatankuasa tatatertib | lembaga rayuan tatatertib | penyiaran keputusan atau perintah | am
 

KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA
(TATATERTIB) 2002

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 7 Akta Akauntan 1967 [Akta 94], Institut Akauntan Malaysia, dengan kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah yang berikut:

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Tatatertib) 2002.
  (2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2002.
 
Tafsiran
2. Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini—
  “kelakuan tidak profesional” ertinya kelakuan yang mencacatkan nama baik profesion perakaunan dan termasuklah kelalaian melampau, kecuaian dan ketidakupayaan dalam menjalankan kewajipan profesional, ketidaksopanan dalam kelakuan profesional dan kelakuan yang tidak wajar bagi seseorang akauntan;
  “orang” termasuklah mana-mana kumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan.
         

Kembali | Permulaan | Jawatankuasa Penyiasatan | Jawatankuasa Tatatertib | Lembaga Rayuan Tatatertib | Penyiaran Keputusan atau Perintah | Am

Last edited : Wednesday, 12 July 2006 09:38 AM
© Institut Akauntan Malaysia 2005. Hak Cipta Terpelihara.