| |
| Notis Mesyuarat
Agung Tahunan |
|
Notis diberi menurut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah
Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan
Majlis), 2001, bahawa Institut Akauntan Malaysia
akan mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan Kedua
Puluh Satu
pada hari
Sabtu, 29 September 2007
jam
3.00
petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat
Dagangan Dunia Putra, 41 Jalan Tun Ismail, 50480
Kuala Lumpur.

AGENDA
|
1. |
Untuk memilih
tiga (3)
anggota Majlis bagi tahun berikutnya menurut
peruntukan perenggan (g) subsekyen (1) seksyen
8, Akta Akauntan, 1967.
Anggota-anggota Majlis yang berikut ini telah
bersara mengikut peruntukan perenggan kecil
(1)(b) kepada perenggan 2B, Jadual Kedua Akta
Akauntan, 1967 dan oleh kerana layak, menawarkan
diri mereka untuk dipilih semula di mesyuarat
agung tahunan yang akan datang:
Peter Lim Thiam Kee
Sam Soh Siong Hoon
Anggota Majlis yang berikut ini telah bersara
mengikut peruntukan perenggan kecil (1)(b)
kepada perenggan 2B, Jadual Kedua Akta Akauntan,
1967 dan tidak menawarkan dirinya untuk dipilih
semula di mesyuarat agung tahunan yang akan
datang:
Terence Lee Cheang Hui
Pencalonan telah diterima berkenaan
anggota-anggota berikut untuk pemilihan ke
Majlis:
Billy Kang Wei Geih
Mohd Afrizan bin Husain
|
|
2. |
Ucapan Presiden. |
|
3. |
Untuk menimbang dan menerima minit-minit Mesyuarat Agung
Tahunan Kedua Puluh yang telah diadakan pada 23
September 2006. |
|
4. |
Untuk menerima laporan tahunan Majlis. |
|
5. |
Untuk menerima penyata kewangan Institut bagi tahun
berakhir 30 Jun 2007 serta laporan juruaudit berkenaan
dengannya. |
|
6. |
Lain-lain urusan. |
Dengan perintah Majlis
MOHAMMAD ABDULLAH
Pendaftar
27 Ogos 2007
|
|
|
|
29th SEPTEMBER 2007 |
|
|
3.00PM |
|
|
Saturday |
|
|
|
|
|
|
Putra World Trade
Centre |
|
|
41, Jalan
Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. |
|
|
Tel: (603)
404 33999 |
|
|
Fax: (603)
404 33777 |
|
|
Toll Free:
1800-880-448 (Reservations only) |
|
|
Email:
pwtc@pwtc.com.my |
|
|
Web:
http://www.pwtc.com.my |
|
|
|
|
|
|