Notis Sementara
Kepada semua Anggota-Anggota

NOTIS DIBERI menurut Kaedah 20(2) Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis), 2001 bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Keduapuluh bagi Institut Akauntan Malaysia akan diadakan pada hari Sabtu, 23 September 2006 pada jam 2.00 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 41 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Pencalonan untuk pemilihan ke Majlis

Menurut perenggan 2B Jadual Kedua kepada Akta Akauntan 1967, tiga (3) anggota Majlis hendaklah bersara di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dan tempat mereka hendaklah dipenuhi oleh anggota-anggota yang dipilih mengikut peruntukan seksyen 8(1)(g) Akta Akauntan 1967. Anggota yang bersara adalah layak menawarkan diri mereka untuk dilantik semula sekiranya mereka tidak selainnya dikecualikan daripada memegang jawatan dalam Majlis.

Pada tahun semasa tiga (3) anggota Majlis telah bersara mengikut peruntukan seksyen 8(8) Akta Akauntan 1967 memandangkan mereka telah memegang jawatan selama empat tahun berturut-turut menghasilkan tiga (3) kekosongan lagi dalam Majlis.

Anggota-anggota yang ingin mencalonkan seorang calon untuk pemilihan ke Majlis menurut seksyen 8(1)(g) Akta Akauntan 1967, mesti mengemukakan kertas pencalonannya dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis, kepada Pendaftar di pejabat Institut tidak lewat daripada jam 5.30 petang pada 18 Ogos 2006.

Kertas pencalonan bagi pemilihan enam (6) anggota-anggota ke Majlis boleh didapati dari pejabat Institut di Dewan Akauntan, No. 2 Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Setiap permohonan untuk kertas pencalonan mesti disertai dengan sampul surat beralamat sendiri serta bersetem.

Majlis telah memutuskan bahawa Institut akan menghantar surat calon-calon bagi pemilihan ke Majlis tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1.

Surat oleh setiap calon tidak boleh melebihi 2 muka surat (saiz A4). Surat tersebut haruslah hanya mengandungi sebab-sebab calon untuk menawarkan diri bagi pemilihan ke Majlis, profil calon tersebut dan manifestonya. Ia tidak sepatutnya mengandungi sebarang tuduhan. Salinan yang jelas haruslah dihantar ke pejabat Institut bagi tujuan cetakan.

2.

Surat itu seharusnya diterima oleh pejabat Institut tidak lewat daripada jam 5.30 petang pada 18 Ogos 2006.

3.

Surat oleh setiap calon akan dihantar kepada semua anggota-anggota yang layak dan berhak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

Notis Usul

Anggota-anggota yang ingin mencadangkan sebarang usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang ini mestilah memberi notis bagi usul tersebut kepada Pendaftar di pejabat Institut tidak lewat daripada jam 5.30 petang pada 8 September 2006. Usul yang dicadangkan itu mesti mematuhi Garispanduan Majlis berkenaan Usul yang dicadangkan, sepertimana yang boleh didapati dari laman web Institut di www.mia.org.my.

Dengan Perintah Majlis

MOHAMMAD ABDULLAH
Pendaftar

28 Julai 2006

 

<>

 Date / Tarikh

<>

  23rd SEPTEMBER 2006
  Saturday
   

<>

 Venue/Lokasi

<>

  Putra World Trade Centre
  41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
  Tel: (603) 404 33999
  Fax: (603) 404 33777
  Toll Free: 1800-880-448 (Reservations only)
  Email: pwtc@pwtc.com.my
  Web: http://www.pwtc.com.my
   
 
     
     
     
     
     
     
         
 
 

Malaysian Institute of Accountants
Dewan Akauntan, No.2 Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2279 9200
Fax: 603-2274 1783
Email: mia@mia.org.my

Best Viewed (800 X 600) Internet Explorer 4.0 above.

©1998 - 2006 Malaysian Institute of Accountants. All rights reserved.