NOTIS DIBERI menurut Kaedah 20(2) Kaedah-Kaedah Institut
Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis), 2001 bahawa
Mesyuarat Agung Tahunan Kesembilanbelas bagi Institut
Akauntan Malaysia akan diadakan pada hari Sabtu, 24 September
2005 pada jam 2.00 petang di Ballroom A & B, Hilton Kuala
Lumpur, No 3, Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur.
Pencalonan untuk pemilihan ke Majlis
Menurut perenggan 2B Jadual Kedua kepada Akta Akauntan 1967,
tiga (3) orang ahli Majlis hendaklah bersara di Mesyuarat Agung
Tahunan yang akan datang dan tempat mereka hendaklah dipenuhi
oleh anggota-anggota yang dipilih mengikut peruntukan seksyen
8(1)(g) Akta Akauntan 1967. Ahli Majlis yang bersara adalah
layak menawarkan diri mereka untuk dilantik semula sekiranya
mereka tidak selainnya dikecualikan daripada memegang jawatan
dalam Majlis.
Anggota-anggota yang ingin mencalonkan seorang calon untuk
pemilihan ke Majlis menurut seksyen 8(1)(g) Akta Akauntan 1967,
mesti mengemukakan kertas pencalonannya dalam borang sebagaimana
yang ditetapkan oleh Majlis, kepada Pendaftar di pejabat
Institut tidak lewat daripada jam 5.30 petang pada 19 Ogos
2005.
Kertas pencalonan bagi pemilihan tiga (3) orang ahli ke Majlis
boleh didapati dari pejabat Institut di Dewan Akauntan, No. 2
Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Setiap
permohonan untuk kertas pencalonan mesti disertai dengan sampul
surat beralamat sendiri serta bersetem.
Majlis telah memutuskan bahawa Institut akan menghantar surat
calon-calon bagi pemilihan ke Majlis tertakluk kepada
syarat-syarat berikut:-
-
Surat oleh setiap calon tidak boleh melebihi 2 muka
surat (saiz A4). Surat tersebut haruslah hanya
mengandungi sebab-sebab calon untuk menawarkan diri bagi
pemilihan ke Majlis, profil calon tersebut dan
manifestonya. Ia tidak sepatutnya mengandungi sebarang
tuduhan. Salinan yang jelas haruslah dihantar ke pejabat
Institut bagi tujuan cetakan.
-
Surat itu seharusnya diterima oleh pejabat Institut
tidak lewat daripada jam 5.30 petang pada 19 Ogos 2005.
-
Surat oleh setiap calon akan dihantar kepada semua
anggota-anggota yang layak dan berhak mengundi di
Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.
Notis Usul
Anggota-anggota yang ingin mencadangkan sebarang usul dalam
Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang ini mestilah memberi
notis bagi usul tersebut kepada Pendaftar di pejabat Institut
tidak lewat daripada jam 5.30 petang pada 9 September 2005.
Usul yang dicadangkan itu mesti mematuhi Garispanduan
Majlis berkenaan Usul yang dicadangkan, sepertimana yang boleh
didapati dari laman web Institut di www.mia.org.my.
Dengan Perintah Majlis
MOHAMMAD ABDULLAH
Pendaftar
29 Julai 2005