MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-19
2.00 PETANG, SABTU, 24 SEPTEMBER 2005

BALLROOM A & B, HILTON KUALA LUMPUR

NO 3, JALAN STESEN SENTRAL, 50470 KUALA LUMPUR

Provisional Notice
Notis Sementara
Notice of 19th AGM
Notis AGM ke-19

Guidelines on Motions
Garispanduan berkenaan Usul
Minutes of 18th AGM
2005 Annual Report
Explanatory Statement on Resolutions
Notice of Motions
Downloads

Order Print Copy of Financial Statements

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Notis diberi menurut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis), 2001, bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kesembilanbelas bagi Institut Akauntan Malaysia akan diadakan pada hari Sabtu, 24 September 2005 pada jam 2.00 petang di Ballroom A & B, Hilton Kuala Lumpur, No 3, Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur.


AGENDA

1.

Untuk memilih tiga (3) anggota Majlis bagi tahun berikutnya menurut peruntukan perenggan (g) subsekyen (1) seksyen 8, Akta Akauntan 1967.

Anggota-anggota Majlis yang berikut ini telah bersara mengikut peruntukan perenggan kecil (1)(a) kepada perenggan 2B, Jadual Kedua Akta Akauntan 1967 tetapi tidak menawarkan diri mereka untuk dilantik semula di mesyuarat agung tahunan yang akan datang:

Raja Dato’ Seri Abdul Aziz bin Raja Salim
Lam Kee Soon

Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed

Pencalonan telah diterima berkenaan anggota-anggota berikut untuk pemilihan ke Majlis:

Chan Wan Siew, Paul

Lee Cheang Hui, Terence

Mohd Afrizan bin Husain

Mohd Noh bin Jidin

Soh Siong Hoon, Sam

Thillaisundaram a/l Arumugam

 

2.

Ucapan Presiden.

3.

Untuk menimbang dan menerima minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan Kelapanbelas yang telah diadakan pada 25 September 2004 (sesalinan boleh dimuat turun dari laman web Institut di www.mia.org.my).

4.

Untuk menerima laporan tahunan Majlis (akan diedarkan melalui CD-Rom dan boleh dimuat turun dari laman web Institut di www.mia.org.my).

5.

Untuk menerima penyata kewangan Institut bagi tahun berakhir 30 Jun 2005 serta laporan juruaudit berkenaan dengannya (akan diedarkan melalui CD-Rom dan boleh dimuat turun dari laman web Institut di www.mia.org.my).

6.

Untuk meluluskan Resolusi-Resolusi berikut yang dicadangkan oleh Majlis:

Resolusi 1

“ADALAH DENGAN INI DIPUTUSKAN bahawa menurut Seksyen 7 Akta Akauntan, 1967 dan tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan, pindaan kepada Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001 sepertimana yang terkandung di dalam Lampiran 1 diterima kesemuanya dan hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri.”

Resolusi 2

“ADALAH DENGAN INI DIPUTUSKAN bahawa menurut Seksyen 7 Akta Akauntan, 1967 dan tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan, pindaan kepada Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Tatatertib) 2002 sepertimana yang terkandung di dalam Lampiran 2 diterima kesemuanya dan hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri.”

7.

Lain-lain urusan.

Dengan perintah Majlis


MOHAMMAD ABDULLAH
Pendaftar

26 Ogos 2005


NOTA DAN ARAHAN
1.

Menurut Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001, seseorang anggota yang ingin mencadangkan apa-apa usul di mesyuarat agung tahunan Institut hendaklah memberi notis mengenai usul tersebut kepada Pendaftar tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh mesyuarat agung tahunan tersebut, iaitu notis sebarang usul yang dicadangkan hendaklah diterima oleh Pendaftar tidak lewat daripada jam 5.30 petang, hari Jumaat, 9 September 2005. Tiada usul boleh dibincangkan di dalam mesyuarat agung tahunan kecuali jika notis sepertimana yang ditetapkan, telah diberikan. Setiap usul yang dicadangkan mesti juga mematuhi garispanduan-garispanduan yang diluluskan oleh Majlis yang boleh di muat turun dari dari laman web Institut di www.mia.org.my.

2.

Menurut Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001, undian hendaklah diberikan oleh anggota yang hadir dan yang berhak mengundi atau, jika pungutan undi diperlukan, oleh anggota itu atau proksi yang dilantik oleh anggota itu.

3.

Bersama notis ini, setiap anggota akan menerima satu borang proksi sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis untuk digunakan di mesyuarat tersebut. Menurut Kaedah 17 Kaedah-Kaedah tersebut, seseorang anggota hanya boleh melantik seorang proksi dari kalangan anggota-anggota yang layak untuk mengundi dalam mesyuarat tersebut.

4.

Menurut Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001, instrumen pelantikan proksi hanya sah jika diterima oleh pejabat berdaftar Institut di Dewan Akauntan, No. 2 Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur sebelum jam 2.00 petang pada hari Khamis, 22 September 2005.

5.

Setiap anggota yang berhak mengundi hanya mempunyai satu undi bagi setiap kekosongan bagi maksud pemilihan anggota-anggota Majlis dibawah peruntukan perenggan (g) subseksyen (1) seksyen 8 Akta Akauntan 1967 dan tidak boleh membuang lebih daripada satu undi bagi setiap calon. Di mesyuarat agung tahunan ini, terdapat 3 kekosongan untuk pemilihan anggota-anggota Majlis di bawah seksyen 8(1)(g) Akta Akauntan 1967 di baca bersama dengan perengan 2B, Jadual Kedua Akta Akauntan 1967.

6.

Menurut Kaedah 26 Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001, setiap anggota yang mengundi hendaklah:-

(a)

menandakan “X” di sebelah nama setiap calon yang diundinya;

(b)

memasukkan kertas undi dalam sampul surat yang disediakan dengan melekatkan penutup sampul surat itu dan mengendorskan nama penuhnya dan menandatangani sampul surat itu; dan

(c)

memastikan setelah sampul surat itu ditutup, diendors dan ditandatangani -

(i)

pos atau menghantarnya kepada Institut tidak kurang daripada dua puluh empat jam di alamat yang dinyatakan pada sampul surat tersebut sebelum tarikh dan masa mesyuarat agung tahunan itu diadakan (tidak lewat daripada jam 2.00 petang, pada hari Jumaat, 23 September 2005); atau

*(ii)

ianya diletakkan ke dalam peti undi yang disediakan di tempat mesyuarat agung tahunan tersebut tidak lewat dari masa yang dinyatakan bagi permulaan mesyuarat itu.

* Peruntukan ini hanya terpakai kepada anggota-anggota yang hadir sendiri pada mesyuarat agung tahunan. Hanya anggota-anggota yang hadir sendiri boleh meletakkan sampul surat bertutup mereka sendiri ke dalam peti undi. Pada hari mesyuarat agung tahunan pengundian bagi memilih anggota-anggota Majlis akan ditutup pada jam 2.00 petang.

7.

Kertas-kertas undi yang:-

(a)

mengandungi undi-undi yang lebih diberikan oleh anggota daripada calon yang perlu dipilih oleh anggota itu; atau

(b)

tidak mematuhi peruntukan-peruntukan tersebut diatas,

hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal.

© 2005 Malaysian Institute of Accountants