MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-18
SABTU, 25 SEPTEMBER 2004
DEWAN NIRWANA 1 & 2,
LOBI BAWAH, HOTEL MUTIARA , JALAN TUN ISMAIL,
50250, KUALA LUMPUR

Provisional Notice
Notis Sementara
Guidelines on motions
Garis Panduan berkenaan usul
Minutes
2004 Annual Report
Notice of Motions
Downloads

Kepada semua Anggota-Anggota

NOTIS SEMENTARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

NOTIS DIBERI menurut Kaedah 20(2) Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis), 2001 bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kelapanbelas bagi Institut Akauntan Malaysia akan diadakan pada hari Sabtu, 25hb September 2004 pada jam 2.30 petang di Nirwana Ballroom 1 & 2, Lower Lobby, Mutiara Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Pencalonan untuk pemilihan ke Majlis

Menurut perenggan 2B Jadual Kedua kepada Akta Akauntan 1967, tiga (3) orang ahli Majlis hendaklah bersara di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dan tempat mereka hendaklah dipenuhi oleh anggota-anggota yang dipilih mengikut peruntukan seksyen 8(1)(g) Akta Akauntan 1967. Ahli Majlis yang bersara adalah layak menawarkan diri mereka untuk dilantik semula sekiranya mereka tidak selainnya dikecualikan daripada memegang jawatan dalam Majlis.

Anggota-anggota yang ingin mencalonkan seorang calon untuk pemilihan ke Majlis menurut seksyen 8(1)(g) Akta Akauntan 1967, mesti mengemukakan kertas pencalonannya dalam borang sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis, kepada Pendaftar di pejabat Institut tidak lewat daripada jam 5.00 petang pada 20hb Ogos 2004.

Kertas pencalonan bagi pemilihan tiga (3) orang ahli ke Majlis boleh didapati dari pejabat Institut di Dewan Akauntan, No. 2 Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Setiap permohonan untuk kertas pencalonan mesti disertai dengan sampul surat beralamat sendiri serta bersetem.

Majlis telah memutuskan bahawa Institut akan menghantar surat calon-calon bagi pemilihan ke Majlis tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1. Surat oleh setiap calon tidak boleh melebihi 2 muka surat (saiz A4). Surat tersebut haruslah hanya mengandungi sebab-sebab calon untuk menawarkan diri bagi pemilihan ke Majlis, profil calon tersebut dan manifestonya. Ia tidak sepatutnya mengandungi sebarang tuduhan. Salinan yang jelas haruslah dihantar ke pejabat Institut bagi tujuan cetakan.
2. Surat itu seharusnya diterima oleh pejabat Institut tidak lewat daripada jam 5.00 petang pada 20hb Ogos 2004.
3. Surat oleh setiap calon akan dihantar kepada semua anggota-anggota yang layak dan berhak mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

Notis Usul

Anggota-anggota yang ingin mencadangkan sebarang usul dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang ini mestilah memberi notis bagi usul tersebut kepada Pendaftar di pejabat Institut tidak lewat daripada jam 5.00 petang pada 10hb September 2004. Usul yang dicadangkan itu mesti mematuhi Garispanduan Majlis berkenaan Usul yang dicadangkan, sepertimana yang boleh didapati dari laman web Institut di www.mia.org.my.

Dengan Perintah Majlis

MOHAMMAD ABDULLAH
Pendaftar
2 Ogos 2004

© 2004 Malaysian Institute of Accountants