kembali | permulaan | keanggotaan | mesyuarat agung, pemilihan anggota, meterai & akaun | prosiding majlis | am
 

KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA
(KEANGGOTAAN DAN MAJLIS) 2001 [P.U.(A)343/2001]

(sepertimana dipinda oleh KAEDAH-KAEDAH INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA (KEANGOTAAN DAN MAJLIS) (PINDAAN) 2002 [P.U.(A)253/2002])

PADA menjalankan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 7 Akta Akauntan 1967 [ Akta 94], Institut Akauntan Malaysia dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:

BAHAGIAN I - PERMULAAN
 

Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis) 2001.
(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 9 November 2001
Tafsiran

2.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

 “anggota dalam amalan awam” ertinya seorang akauntan bertauliah atau akauntan berlesen sebagai seorang pemilik tunggal atau dalam suatu perkongsian, yang memberikan atau yang terlibat dalam perkhidmatan amalan awam bagi mendapat suatu bayaran atau ganjaran bagi perkhidmatan sedemikian melainkan sebagai seorang pekerja;
“meterai” ertinya meterai biasa atau rasmi Institut;
“perkhidmatan amalan awam” termasuklah—
(a) audit termasuk audit dalaman;
(b) perakaunan dan semua jenis perundingan berkaitan dengan perakaunan;
  (c) penyiasatan atau perkhidmatan usaha wajar berkaitan dengan perakaunan;
  (d) perakaunan forensik;
(e) percukaian, nasihat percukaian dan perundingan;
(f) simpan kira;
  (g) pengkosan dan perakaunan pengurusan;
  (h) insolvensi, likuidasi dan penerimaan;
(i) peruntukan pengurusan sistem maklumat dan kawalan dalaman;
(j) peruntukan kesetiausahaan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; atau
(k) lain-lain perkhidmatan seperti yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
         

Kembali | Permulaan | Keanggotaan | Mesyuarat Agung, Pemilihan, Meterai & Akaun | Prosiding Majlis | Am

Last edited : Wednesday, 06 May 2009 03:05 AM
© Institut Akauntan Malaysia 2005. Hak Cipta Terpelihara.