kembali | permulaan | permohonan untuk peperiksaan kelayakan | menjalankan peperiksaan kelayakan | jawatankuasa peperiksaan | keputusan peperiksaan | am
 

INSTITUT AKAUNTAN MALAYSIA
(KAEDAH-KAEDAH PEPERIKSAAN KELAYAKAN) 2002 [P.U.230/2002]

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 7 Akta Akauntan 1967 [Akta 94], Institut Akauntan Malaysia, dengan kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah yang berikut:

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Peperiksaan Kelayakan Institut Akauntan Malaysia 2002.
(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2002.
         
Tafsiran
2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
         
   “badan peperiksaan” ertinya suatu badan yang dilantik oleh Majlis di bawah kaedah 8 daripada mana-mana institusi pendidikan tinggi yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Ketiga Akta atau badan yang diiktiraf yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga Akta;
         
  “Jawatankuasa Peperiksaan” ertinya suatu jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis di bawah kaedah 6 bagi menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan di bawah kaedah 7;
         
  “Peperiksaan Kelayakan” ertinya Peperiksaan Kelayakan Institut Akauntan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A Akta;
         
  “sijil calon peperiksaan” ertinya suatu sijil yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan setelah pengesahan kelayakan calon itu untuk menduduki Peperiksaan Kelayakan menurut Kaedah-Kaedah ini.
         

Kembali | Permulaan | Permohonan untuk Peperiksaan Kelayakan | Menjalankan Peperiksaan Kelayakan | Jawatankuasa Peperiksaan | Keputusan Peperiksaan | Am

Last edited : Wednesday, 06 May 2009 03:05 AM
© Institut Akauntan Malaysia 2005. Hak Cipta Terpelihara.