|
1. |
OBJEKTIF-OBJEKTIF/AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA
Institut diperbadankan di bawah Akta
Akauntan, 1967.
Objektif-objektif/aktiviti-aktiviti utama
Institut di bawah Akta tersebut adalah:-
|
a) |
untuk menentukan kelayakan seseorang yang
akan didaftarkan sebagai ahli; |
|
b) |
untuk menyediakan latihan dan pendidikan
oleh Institut atau badan-badan lain, kepada
seseorang yang mengamalkan atau ingin
mengamalkan profesion perakaunan; |
|
c) |
untuk meluluskan Peperiksaan Kelayakan
Institut Akauntan Malaysia dan mengawal dan
menyelia pelaksanaan Peperiksaan tersebut; |
|
d) |
untuk mengawal selia amalan profesion
perakaunan di Malaysia; |
|
e) |
untuk meningkatkan, melalui sebarang cara
yang difikirkan patut, kepentingan profesion
perakaunan di Malaysia; |
|
f) |
untuk memberi bantuan kewangan atau bantuan
lain kepada tanggungan ahli-ahli dalam apa
cara yang berpatutan dengan niat untuk
melindungi atau meningkatkan kebajikan ahli-ahlinya;
dan |
|
g) |
secara umum melaksanakan sebarang usaha yang
sesuai bertujuan untuk mencapai
objektif-objektif di atas. |
Alamat berdaftar Institut ialah Dewan
Akauntan, No. 2, Jalan Tun Sambanthan 3,
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.
Tidak terdapat pertukaran-pertukaran yang
penting dalam objektif-objektif/aktiviti-aktiviti
utama Institut dan aktiviti utama anak
syarikat pada tahun kewangan ini. |
|
2. |
TARIKH KELULUSAN PENERBITAN
Penyata kewangan telah diluluskan dan
dibenarkan untuk diterbitkan oleh Majlis
menurut resolusi Majlis pada 26 Julai 2007. |
|
3. |
OBJEKTIF DAN POLISI RISIKO KEWANGAN
Objektif dan Polisi Pengurusan Risiko
Kewangan
Objektif pengurusan risiko kewangan Institut
adalah bertujuan memastikan Institut
menerbitkan nilai dan memaksimumkan ganjaran
kepada Institut dan ahli-ahlinya. Polisi
pengurusan risiko kewangan Institut
bertujuan memastikan sumber kewangan dan
bukan kewangan mencukupi untuk menjalankan
operasi-operasinya dengan lancar. Pihak
Institut membiayai operasi-operasinya dengan
penjanaan dana dalaman dan oleh itu tidak
terdedah kepada risiko kadar faedah dari
pinjaman bank. Pihak Institut tidak melabur
di dalam saham disebut harga dan oleh itu
tidak terdedah kepada risiko pasaran akibat
risiko turun naik instrumen kewangan
berikutan perubahan harga pasaran.
|
a) |
Risiko Kredit
Risiko kredit, atau risiko kegagalan pihak
satu lagi dikawal dengan menggunakan had
kredit dan prosedur pemantauan yang
berterusan. Pihak Institut mengamalkan
kawalan ketat dalam membatalkan keahlian
ahli-ahli yang mempunyai yuran tertunggak
lebih dari enam bulan seperti yang
diperuntukkan di dalam Kaedah-kaedah
Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan
Majlis) 2001. |
|
b) |
Risiko Mudah Tunai
Pihak Institut mengamalkan pengurusan risiko
mudah tunai yang berhemat untuk meminimumkan
ketidakpadanan aset dan liabiliti kewangan
dan untuk mewujudkan tahap tunai dan
kesetaraan tunai yang mencukupi bagi
memenuhi keperluan modal kerja. |
|
c) |
Nilai Saksama
Tunai dan kesetaraan tunai, yuran tertunggak,
pelbagai dan lain-lain belum terima,
pelbagai dan lain-lain belum bayar
menghampiri nilai saksama kerana sifat
instrumen kewangan jangka pendek. |
|
|
4. |
DASAR PERAKAUNAN PENTING
|
a) |
Asas Perakaunan
The financial statements of the Institute
are prepared under the historical cost
convention. The financial statements comply
with the applicable approved MASB accounting
standards in Malaysia for Entities Other
Than Private Entities. |
|
(b) |
Pengiktirafan Pendapatan
Yuran tahunan keahlian perlu dibayar setiap
tahun pada permulaan tahun kewangan. Hanya
yuran tahunan yang berkaitan dengan tahun
kewangan semasa diambil kira sebagai
pendapatan. Yuran berkaitan tempoh-tempoh
selepas tahun kewangan semasa diambil kira
di dalam Lembaran Imbangan sebagai
Pendahuluan Yuran. Yuran tahunan perlu
dibayar dengan penuh tanpa mengira tarikh
penamatan keahlian di dalam tahun kewangan.
Kemasukan keahlian diambil kira selepas
permohonan keahlian diluluskan oleh Majlis.
Yuran tahunan dan yuran kemasukan bagi
permohonan yang diluluskan sebagai ahli
selepas tahun kewangan tetapi telah diterima
di dalam tahun kewangan diambil kira sebagai
Pendapatan Tertunda.
Pendapatan dari kursus Pendidikan
Profesional Berterusan dan Induksi Keahlian
diiktiraf berdasarkan pendaftaran peserta.
Pendapatan yang diterima untuk aktiviti yang
berlangsung selepas tahun kewangan akan
diambil kira sebagai Pendapatan Tertunda.
Pendapatan dari jualan bahan/penerbitan
Teknikal diiktiraf bila barang niaga
dihantar. Pendapatan dari iklan yang
dimasukkan dalam jurnal Institut diiktiraf
bila penyerahan pesanan iklan diperoleh.
Pendapatan dari pendaftaran calon-calon yang
layak menduduki Peperiksaan Kelayakan
Institut Akauntan Malaysia, diambil kira di
dalam Lebihan dari aktiviti Pendidikan,
diiktiraf bila permohonan tersebut
diluluskan. Peperiksaan pertama telah
diadakan pada September 2003.
Pendapatan dividen diiktiraf apabila penyata
bayaran dihantar kepada firma ahli setelah
semakan amalan selesai.
Pendapatan faedah diiktiraf pada asas kadar
masa yang memberi kesan hasil efektif pada
aset. |
|
(c) |
Pengurangan Nilai Aset
Nilai aset yang dibawa disemak semula pada
setiap tarikh lembaran imbangan untuk
menentukan sama ada terdapat sebarang
tanda-tanda pengurangan nilai. Sekiranya
terdapat tanda-tanda sedemikian, amaun yang
boleh diperoleh semula bagi aset berkenaan
akan dianggarkan. Amaun yang boleh diperoleh
semula merupakan amaun yang lebih tinggi di
antara nilai jualan bersih aset dan nilai
diguna, yang diukur berasaskan aliran tunai
yang dijangka yang didiskaunnya. Amaun yang
boleh diperoleh semula dijangka untuk aset
individu atau, sekiranya tidak boleh, untuk
unit yang menghasilkan tunai yang mana aset
itu digunakan.
Kerugian pengurangan nilai di caj terus
kepada Penyata Pendapatan. Sebarang kenaikan
seterusnya di dalam amaun yang boleh
diperoleh semula bagi aset yang diiktiraf
sebagai keterbalikan kerugian pengurangan
nilai terdahulu dan diiktiraf setakat amaun
aset dibawa yang akan ditentukan (selepas
susut nilai atau pelunasan, jika berkaitan)
sekiranya tiada kerugian pengurangan nilai
diiktiraf sebelum ini. Kebalikan ini
diiktiraf dalam penyata pendapatan dengan
serta merta. |
|
(d) |
Hartanah, Loji Dan Peralatan Dan Susut
Nilai
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada
kos ditolak susut nilai terkumpul dan
kerugian pengurangan nilai. Hartanah, loji
dan peralatan diturunkan nilai pada amaun
yang boleh diperoleh semula. Kos termasuklah
perbelanjaan yang secara terus menyumbang
kepada perolehan peralatan.
Hartanah, loji dan peralatan yang dibeli
bernilai RM500 dan ke bawah diambil kira
sebagai perbelanjaan di dalam Penyata
Pendapatan.
Susut nilai tidak diperuntukkan bagi tanah
pegangan kekal kerana ia mempunyai hayat
infiniti. Bangunan atas tanah pegangan kekal
dan tanah pegangan pajak dilunaskan pada
kadar 2% setahun. Susut nilai hartanah, loji
dan peralatan diperuntukkan berdasarkan
kaedah garis lurus dikira untuk menghapus
kira kos setiap aset kepada nilai sisanya
sepanjang anggaran hayat kegunaannya. Nilai
sisa setiap aset dan hayat kegunaannya
disemak semula, disesuaikan jika perlu, pada
setiap tarikh lembaran imbangan.
Kadar susut nilai tahunan adalah seperti
berikut :
|
Peralatan pejabat |
10% |
|
Perabot dan kelengkapan |
10% |
|
Komputer |
33 ∕% |
|
Pengubahsuaian |
10% |
|
|
(e) |
Yuran Tertunggak
Yuran tertunggak selama 6 bulan dan ke atas
yang terhutang daripada ahli-ahli yang telah
dibatalkan keahliannya dari Daftar Ahli dan
ahli Majlis berpendapat bahawa hutang
tersebut tidak boleh dijelaskan oleh
ahli-ahlinya akan dihapus kira di dalam
Penyata Pendapatan. Anggaran dibuat untuk
hutang ragu berdasarkan semakan kepada semua
yuran tertunggak dalam lembaran imbangan.
Terdapat hutang yang diperoleh semula secara
tunai. Ahli-ahli yang masih terlibat dalam
prosiding tatatertib dan mempunyai yuran
tertunggak melebihi enam bulan tidak akan
dibatalkan keahlian mereka dari Daftar Ahli. |
|
(f) |
Pelaburan
Pelaburan bukan semasa dinyatakan pada asas
kos tolak kerugian pengurangan nilai. |
|
(g) |
Inventori
Penerbitan, cenderamata dan barang niaga
dicatat pada nilai terendah antara kos dan
nilai boleh realisasi bersih. Kos ditentukan
mengikut asas masuk-dulu, keluar-dulu. Nilai
boleh realisasi bersih ialah harga jualan
anggaran dalam perniagaan biasa tolak kos
anggaran yang perlu untuk membuat jualan. |
|
(h) |
Tunai Dan Kesetaraan Tunai
Tunai merangkumi wang tunai di tangan dan di
bank serta bank overdraf (jika ada) dan
deposit tetap. Kesetaraan tunai merangkumi
pelaburan mudah tunai yang boleh ditukarkan
kepada amaun tunai yang diketahui yang
tertakluk kepada risiko pertukaran nilai
yang tidak signifikan. Pihak Institut telah
menggunakan kaedah langsung di dalam
penyediaan Penyata Aliran Tunai. |
|
(i) |
Cukai Pendapatan
Cukai pendapatan ke atas lebihan atau
defisit bagi tahun kewangan terdiri daripada
cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai
semasa merupakan amaun cukai pendapatan yang
dijangkakan perlu dibayar ke atas lebihan
bercukai bagi tahun dan ditentukan mengikut
kadar cukai yang dikuatkuasakan pada tarikh
lembaran imbangan.
Cukai tertunda diperuntukkan dengan
menggunakan kaedah liabiliti, ke atas
perbezaan sementara yang diperoleh antara
asas cukai bagi aset dan liabiliti dan amaun
dibawa aset dan liabiliti tersebut dalam
penyata kewangan. Pada prinsipnya, liabiliti
cukai tertunda diiktiraf untuk semua
perbezaan sementara yang boleh dikenakan
cukai dan aset cukai tertunda diiktiraf bagi
semua perbezaan sementara yang boleh ditolak
dan kerugian cukai yang tidak diguna dan
kredit cukai yang tidak diguna, sehingga ke
tahap yang mana kemungkinan bahawa
keuntungan boleh cukai wujud yang mana
perbezaan sementara boleh ditolak dapat
digunakan.
Aset dan liabiliti cukai tertunda dikira
pada kadar cukai yang dijangka akan
digunakan pada waktu aset direalisasikan
atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan
kadar cukai yang telah digubal atau digubal
secara substantif pada tarikh lembaran
imbangan.
Aset dan liabiliti cukai tertunda diimbangi
apabila terdapat kebenaran undang-undang
bagi mengelakkan cukai aset semasa dan cukai
liabiliti semasa apabila aset dan liabiliti
cukai tertunda tersebut berkait dengan cukai
pendapatan levi oleh undang-undang cukai
yang sama. |
|
(j) |
Geran Kerajaan
Geran Kerajaan pada awalnya diiktiraf pada
nilai saksama dalam lembaran imbangan
sebagai pendapatan tertunda yang mana
terdapat jaminan munasabah bahawa geran
tersebut akan diperoleh dan semua syarat
berkaitan akan dipatuhi.
Geran yang menjadi pampasan Institut atas
perbelanjaan yang timbul diiktiraf sebagai
pendapatan dalam tempoh yang tertentu untuk
menyesuaikan geran dengan asas sistematik
kepada kos yang bermaksud sebagai pampasan. |
|
(k) |
Faedah Kakitangan
Faedah Jangka Pendek
Upah, gaji dan bonus diiktiraf sebagai
perbelanjaan pada tahun yang mana
perkhidmatan berkaitan diberikan oleh
kakitangan Institut. Ketidakhadiran terimbuh
terkumpul jangka pendek seperti cuti tahunan
berbayar adalah diiktiraf apabila
perkhidmatan diberikan oleh kakitangan yang
meningkatkan hak mereka bagi ketidakhadiran
terimbuh masa depan dan ketidakhadiran
terimbuh tak terkumpul jangka pendek seperti
cuti sakit adalah diiktiraf apabila
berlakunya ketidakhadiran itu.
Rancangan Caruman Tetap
Institut membuat caruman kepada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Caruman
sedemikian diiktiraf sebagai perbelanjaan
dalam Penyata Pendapatan seperti yang
ditanggung. Apabila caruman telah dibayar,
Institut tiada obligasi bayaran lagi.
Institut memperuntukkan Skim Faedah
Persaraan kepada kakitangan yang layak
dikira berdasarkan kepada 16% atas gaji
kasar selepas ditolak caruman wajib kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Apabila kakitangan mencapai tempoh
perkhidmatan lima (5) tahun berturut, amaun
ini dimasukkan ke dalam akaun KWSP
kakitangan secara bulanan. Kakitangan yang
menamatkan perkhidmatan sebelum melengkapkan
tempoh lima (5) tahun berturut tidak layak
untuk mendapat faedah ini. Caruman yang
diambil kira di dalam Penyata Pendapatan
tahunan merujuk kepada caruman yang
terhutang kepada kakitangan yang layak untuk
tahun tersebut. |
|
(l) |
Provisions
Peruntukan dibuat bila pihak Institut
mempunyai obligasi sah atau konstruktif pada
masa kini berikutan peristiwa lepas, yang
mana kemungkinan aliran keluar sumber akan
diiktiraf untuk menjelaskan obligasi, dan
bila anggaran yang boleh diyakini boleh
dibuat bagi amaun tersebut. |
|
(m) |
Transaksi Mata Wang Asing Dan Baki
Transaksi dalam mata wang asing telah
ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada
kadar pertukaran pada tarikh transaksi atau,
apabila pembayaran belum dibuat pada akhir
tahun kewangan kepada kadar pertukaran pada
tarikh akhir tahun kewangan. Semua
keuntungan dan kerugian pertukaran mata wang
asing diambil kira dalam Penyata Pendapatan. |
|
(n) |
Mata Wang Dalam Pembentangan
Penyata kewangan dibentangkan dalam Ringgit
Malaysia. |
|
|
5. |
HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN


Pada akhir tahun kewangan, pihak Institut
masih belum menerima hak milik strata untuk
bangunan pegangan pajakan di Sabah yang
dibeli pada tahun kewangan berakhir 30 Jun
2000.
Termasuk dalam Hartanah, loji dan peralatan
adalah aset susut nilai penuh yang masih
digunakan dengan kos berjumlah 1,017,239
(RM1,214,669 pada 2006). |
|
6. |
PELABURAN

Pihak Institut telah membeli pegangan
sebanyak 9.09% di dalam modal saham yang
diterbit dan berbayar di dalam Ultimate
Professional Centre (Sarawak) Sdn Bhd dalam
tahun kewangan berakhir 30 Jun 1996.
Pendahuluan oleh pihak Institut adalah tidak
bercagar, tanpa faedah dan tidak mempunyai
tempoh berbayar yang tetap. |
|
7. |
INVENTORI
 |
|
8. |
PELBAGAI PENERIMAAN, DEPOSIT DAN PRABAYAR

Institut Percukaian Malaysia (MIT) dan
Persatuan Pentadbir Perakaunan Malaysia (MAAA)
merupakan dua syarikat berhad menurut
jaminan yang ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat, 1965. Jumlah terhutang oleh dua
syarikat ini timbul dari bayaran pengurusan
dan sewa yang dikenakan dan bayaran bagi
pihak mereka.
Jumlah terhutang dari badan perakaunan
profesional antarabangsa, Confederation of
Asian and Pacific Accountants (CAPA) Limited
timbul dari transaksi bukan perniagaan
merangkumi sewa boleh terima dan bayaran
bagi pihaknya oleh Institut.
Tempoh kredit yang diberi kepada pelbagai
penerimaan dan lain-lain belum terima ialah
antara 30 hari hingga 60 hari (30 hari
hingga 60 hari pada tahun 2006). |
|
9. |
YURAN TERTUNGGAK

Tempoh kredit yang diberi kepada ahli-ahli
untuk yuran boleh terima ialah 60 hari (60
hari pada tahun 2006). |
|
10. |
AKAUN AMANAH INSTITUSI
Pada tahun sebelumnya, pihak Institut telah
melaburkan dana di dalam satu Akaun Amanah
Institusi yang dikelolakan oleh Amanah Raya
Berhad, satu syarikat awam liabiliti terhad
yang ditubuhkan di Malaysia. Kadar dividen
kasar boleh terima oleh Institut ialah 5%
setahun (5% setahun pada tahun 2006) dan
tempoh matang pelaburan ialah satu tahun. |
|
11. |
DEPOSIT TETAP, TUNAI DAN BAKI DI BANK
Termasuk di dalam tunai dan kesetaraan tunai
adalah jumlah yang termasuk dalam lembaran
imbangan seperti berikut:

Kadar faedah efektif bagi deposit tetap
dengan bank-bank berlesen ialah di antara
2.70% hingga 4.00% (2.70% hingga 3.70% pada
tahun 2006) setahun. Tempoh matang deposit
tetap ialah antara 30 hari hingga 1 tahun
(30 hari hingga 1 tahun pada tahun 2006). |
|
12. |
PELBAGAI BELUM BAYAR, DEPOSIT DAN AKRUAN

Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan
Perakaunan Malaysia (MAREF) merupakan badan
amanah yang ditubuhkan pada tahun 1990 untuk
mempromosi, menggalak dan meningkatkan
penyelidikan dan pendidikan perakaunan di
Malaysia dan yang mana ahli Majlis Institut
tertentu merupakan pemegang amanah untuk
Yayasan tersebut. Jumlah terhutang kepada
MAREF timbul kebanyakannya dari derma yang
diterima oleh Institut bagi pihak MAREF,
selepas ditolak bayaran bagi pihaknya.
Tempoh kredit yang diberi oleh pelbagai
belum bayar merangkumi 14 hari hingga 60
hari (14 hari hingga 60 hari pada tahun
2006). |
|
13. |
PENDAPATAN TERTUNDA
 |
|
14. |
CUKAI TERTUNDA
 |
|
15. |
GERAN KERAJAAN
Dalam tahun ini, Institut telah menerima
geran kerajaan sebanyak RM10juta untuk
projek Kongres Akauntan Sedunia 2010 (WCOA
2010).
Sehubungan itu, satu akaun telah dibuka atas
nama ‘Kongres Akauntan Sedunia 2010’ yang
ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Khas
yang terdiri dari wakil-wakil dari
Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan.
Berikut ialah penyata Lembaran Imbangan,
Penyata Pendapatan dan Penyata Aliran Tunai
berkaitan dengan Kongres Akauntan Sedunia
2010:


|
|
16. |
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

*Perbelanjaan di atas berkaitan dengan
belanja langsung tidak termasuk perbelanjaan
operasi (Nota 22). |
|
17. |
PENDAPATAN LAIN

*Pelbagai pendapatan termasuklah pendapatan
Hibah dari Akaun Mudarabah sebanyak RM84,137
(RM13,434 pada tahun 2006). |
|
18. |
PERUNTUKAN DAN HAPUS KIRA
 |
|
19. |
GANJARAN KAKITANGAN
Pada 30 Jun 2007, Institut mempunyai
kakitangan sebanyak 112 orang. (105 orang
pada tahun 2006). Ganjaran kakitangan
merangkumi julat yang berikut:

 |
|
20. |
PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
 |
|
21. |
PERKHIDMATAN KEAHLIAN
 |
|
22. |
PERBELANJAAN OPERASI
 |
|
23. |
BELANJA CUKAI
 |
|
24. |
PERBANDINGAN
Pembentangan dan pengklasifikasian butiran
dalam penyata kewangan tahun semasa telah
konsisten dengan tahun kewangan sebelum
kecuali beberapa jumlah perbandingan telah
di klasifikasi semula hasil dari perubahan
format pelaporan. Perubahannya adalah
seperti berikut:
- |