LaporanTahunan2007

.HOME

Notis Mesyuarat Agung ke-21 | Majlis 06/07 | Kenyataan Presiden | Kenyataan Pengarah Eksekutif |Laporan Majlis Bagi Tahun 2007 | Penyata Kewangan | Jawatankuasa 06/07 | Acara Kemuncak

Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-21

Notis diberi menurut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Institut Akauntan Malaysia (Keanggotaan dan Majlis), 2001, bahawa Institut Akauntan Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Satu pada hari Sabtu, 29 September 2007 jam 3.00 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 41 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.


AGENDA
1.

Untuk memilih tiga (3) anggota Majlis bagi tahun berikutnya menurut peruntukan perenggan (g) subsekyen (1) seksyen 8, Akta Akauntan, 1967.

Anggota Majlis yang berikut ini telah bersara mengikut peruntukan perenggan kecil (1)(b) kepada perenggan 2B, Jadual Kedua Akta Akauntan, 1967 dan oleh kerana layak, menawarkan dirinya untuk dilantik semula di mesyuarat agung tahunan yang akan datang:

Peter Lim Thiam Kee
Sam Soh Siong Hoon

Anggota-anggota Majlis yang berikut ini telah bersara mengikut peruntukan perenggan kecil (1)(b) kepada perenggan 2B, Jadual Kedua Akta Akauntan, 1967 dan tidak menawarkan diri mereka untuk dilantik semula di mesyuarat agung tahunan yang akan datang:

Terence Lee Cheang Hui

Pencalonan telah diterima berkenaan anggota-anggota berikut untuk pemilihan ke Majlis:

Billy Kang Wei Geih
Mohd Afrizan bin Husain
 

2.

Ucapan Presiden.

3.

Untuk menimbang dan menerima minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh yang telah diadakan pada 23 September 2006.

4. Untuk menerima laporan tahunan Majlis.
5.

Untuk menerima penyata kewangan Institut bagi tahun berakhir 30 Jun 2007 serta laporan juruaudit berkenaan dengannya.

6. Lain-lain urusan.

Dengan perintah Majlis


MOHAMMAD ABDULLAH
Pendaftar

27 Ogos 2007

Dewan Akauntan, No.2 Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2279 9200, Fax: 603-2274 1783, Email: mia@mia.org.my

©2007 Institut Akauntan Malaysia. Hak Cipta Terpelihara