Mula|

Notis Mesyuarat Agung ke-19 | Majlis 04/05 | Perutusan A.N. | Kenyataan Presiden | Laporan Majlis 05 | Jawatankuasa 04/05 | Pernyataan Teknikal | Acara Kemuncak 04/05 | Penyata Kewangan 2005

Laporan Majlis Bagi Tahun 2005

Majlis dengan sukacitanya membentangkan laporan bagi tempoh 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005.

Pengenalan

Sepanjang tempoh yang dilaporkan, Majlis telah bermesyuarat sebanyak 8 kali.

Pelbagai aktiviti dan projek yang dijalankan oleh Majlis dan Jawatankuasa, Kumpulan Kerja dan Badan Bertindak adalah berpandukan kepada Rangka Tindakan Strategik Institut – Fasa Pelaksanaan yang dibentuk untuk memastikan fungsi yang diamanahkan kepada Institut Akauntan Malaysia (MIA) di bawah seksyen 6, Akta Akauntan, 1967 dapat dilaksanakan mengikut dana dan sumber yang terdapat pada Institut. Sokongan pada inisiatif dan aktiviti tersebut disediakan oleh Urus Setia.

Untuk menterjemahkan inisiatif strategik kepada terma operasi dan membolehkan penilaian prestasi yang efektif, Majlis telah memutuskan untuk menerimapakai pendekatan Kad Skor Seimbang (Balanced Scorecard), dan seterusnya melantik sebuah firma konsultan untuk membimbing dan membantu Institut dalam membina peta strategi korporat dan kad skor. Peta Strategi Korporat untuk Institut telah dibentuk dan diluluskan oleh Majlis.

Kad skor untuk 3 jabatan utama telah dibentuk dan disempurnakan dengan bantuan konsultan. Kad skor jabatan untuk jabatan-jabatan lain pada masa ini sedang dijalankan. Bagi bantuan selanjutnya untuk pelaksanaan dan pengawasan kad skor Institut secara berterusan, Institut telah memperolehi perisian yang dicipta khas untuk tujuan ini.  Kejayaan pelaksanaan pendekatan ini memerlukan pengawasan dan penyemakan kad skor dan strategi yang konsisten dan berterusan, yang akan dilteruskan pada tahun yang akan datang. Majlis bersama-sama dengan Urus Setia komited dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Kad Skor Seimbang untuk memimpin dan menguruskan prestasi Institut.

Dalam pada itu, sistem pengurusan keseluruhan e-MIA (e-MIA TMS) telah dilaksanakan untuk memudahkan hubungan antara setiap jabatan dan mempertingkatkan ‘web portal’ Institut. Pelaksanaan projek ini akhirnya menghasilkan peningkatan kecekapan yang besar yang telah dicapai oleh Institut yang mana telah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada  ahli melalui ‘web portal’ baru ini.

Majlis dengan sukacitanya membentangkan laporan mengenai perkembangan Institut dalam memenuhi fungsinya di bawah seksyen 6, Akta Akauntan, 1967.

A.   PENETAPAN KELAYAKAN-KELAYAKAN SESEORANG UNTUK DITERIMA SEBAGAI AHLI

Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk menentukan kelayakan seseorang untuk diterima sebagai ahli. Objektif  Institut dalam menjalankan fungsinya adalah untuk memastikan kelayakan-kelayakan yang diiktiraf di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk diterima menjadi ahli mencapai standard dan kualiti yang diperlukan oleh Institut dan memastikan hanya individu yang benar-benar layak, berkemahiran dan berkebolehan diterima sebagai ahli Institut.

Akreditasi

Objektif akreditasi yang dijalankan oleh Institut adalah untuk memastikan institusi-institusi yang memohon akreditasi dapat membuktikan bahawa kursus-kursus mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Institut bagi tujuan kemasukan  siswazah atau calon-calon mereka sebagai ahli Institut.

Sewaktu tempoh yang dilaporkan, Institut telah menimbangkan dan selepas itu menolak rayuan permohonan untuk akreditasi oleh sebuah badan perakaunan profesional berkenaan dengan kelayakan perakaunan badan tersebut. Institut dalam proses mempertimbangkan dua permohonan untuk akreditasi daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) berkenaan dengan program perakaunan mereka. Dua Badan Bertindak telah dibentuk untuk menjalankan proses  akreditasi yang sedang berlangsung.

Pendidikan

Institut menubuhkan Jawatankusa Pendidikan pada Oktober 2004. Jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan profesion perakaunan untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan taraf pendidikan perakaunan di Malaysia selaras dengan pengeluaran Piawaian Pendidikan Antarabangsa (IES) 1 – 6 oleh Jawatankuasa Pendidikan, Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC) yang mana kebanyakannya berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005. Adalah amat kritikal bagi Institut sebagai badan ahli kepada IFAC, menerimapakai dan melaksanakan IES 1 – 6 untuk memastikan individu yang benar-benar layak, berkemahiran dan berkebolehan diterima sebagai ahli Institut.

Bagi memenuhi tujuan di atas,  beberapa sesi perbincangan mejabulat telah diatur oleh Institut  melalui Jabatan Pendidikan. Objektif perbincangan-perbincangan meja bulat tersebut adalah sebagai platform untuk mendapat maklumbalas daripada empat sektor profesion yang utama (akademik, pengamal, akauntan di dalam perdagangan dan industri dan sektor awam), bertukar-tukar pandangan dan idea sesama pihak berkepentingan dan pembuat polisi yang berminat, dan untuk menyusun strategi masa depan sistem pendidikan perakaunan Malaysia selaras dengan piawaian pendidikan perakaunan sejagat.

Dua sesi  perbincangan meja bulat telah diadakan pada Jun 2005 yang mana pertamanya dengan wakil-wakil utama daripada bidang akademik dan keduanya dengan pengamal-pengamal dari pelbagai sektor. Dua sesi perbincangan meja bulat lagi akan diadakan pada Julai 2005 yang akan melibatkan wakil-wakil utama daripada perdagangan dan industri dan juga sektor awam. Penemuan dan kesimpulan dari siri perbincangan meja bulat ini akan menjadi asas kepada Institut untuk tindakan selanjutnya bagi menerimapakai dan melaksanakan IES 1 – 6.

Hal Ehwal Keahlian

Di  dalam tahun yang dilaporkan, 1,596 orang telah diterima sebagai ahli dalam tiga kategori keahlian, iaitu 1,588 Akauntan Bertauliah, 4 Akauntan Berlesen dan 4 Ahli Bersekutu. Manakala, Institut telah mengklasifikasikan semula 3 Akauntan Berlesen sebagai Akauntan Bertauliah selepas mereka membuktikan mereka memenuhi kriteria seperti yang terkandung di dalam Akta Akauntan, 1967. Pada 30 Jun 2005, bilangan keahlian ialah 21,289.

Semua ahli dikehendaki menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh sepatutnya iaitu 1 Julai setiap tahun. Menurut kaedah 7(1) Kaedah-kaedah Institut (Keanggotaan dan Majlis) 2001, Majlis boleh mengarahkan Pendaftar untuk menggugurkan daripada daftar mana-mana ahli yang mempunyai tunggakan pembayaran yuran bagi 6 bulan atau lebih. Pada 25 Mac 2005, Majlis telah mencadangkan dan meluluskan menurut kaedah 7(1) di atas, pengguguran daripada daftar seramai 319 orang ahli yang gagal untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang tahun ini, seramai 104 orang memohon untuk mendapat keahlian semula dan telah diterima sebagai ahli, sebaliknya 99 orang ahli telah menamatkan keahlian mereka. Alasan-alasan utama ahli menamatkan keahlian adalah sama ada ahli-ahli telah meninggalkan profesion atau sekarang ini menetap di luar negara. Majlis amat berdukacita di atas kematian 14 orang ahli di sepanjang tahun ini.

PERTUMBUHAN KEAHLIAN
(pada 30 Jun 2005)

KEAHLIAN MENGIKUT TABURAN GEOGRAFI
(pada 30 Jun 2005)

NEGERI

CA

LA

AM

JUMLAH

WILAYAH PERSEKUTUAN

5,702

10

2

5,714

JOHOR

1,195

5

9

1,209

KEDAH

365

2

6

373

KELANTAN

110

-

-

110

LABUAN

51

-

-

51

MELAKA

312

2

1

315

NEGERI SEMBILAN

329

2

-

331

PAHANG

216

1

2

219

PULAU PINANG

1,463

10

2

1,475

PERAK

694

4

-

698

PERLIS

30

-

2

32

PUTRAJAYA

78

-

-

78

SABAH

665

-

1

666

SARAWAK

1,089

-

-

1,089

SELANGOR

7,919

9

7

7,935

TERENGGANU

174

-

-

174

LUAR NEGARA

819

-

1

820

 JUMLAH 

21,211

45

33

21,289

Ahli-ahli Institut yang menjadi rakan kongsi atau pemilik tunggal firma ahli atau yang menjadi pengarah/pemegang saham di dalam syarikat percukaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mesti memiliki sijil amalan menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Institut (Keanggotaan dan Majlis), 2001.

Pada 30 Jun 2005, Institut telah mempunyai seramai 2,326 pemegang sijil amalan yang aktif. Sepanjang tempoh yang dilaporkan, Institut telah mengeluarkan 237 sijil amalan, yang mana 8 merupakan permohonan semula. Sebanyak 35 sijil amalan telah dibatalkan oleh Institut kerana tidak menjelaskan yuran sijil amalan. Di samping itu, 113 pemegang sijil amalan membatalkan sijil amalan mereka dalam tempoh yang dilaporkan kerana tidak dapat memulakan amalan awam dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh sijil amalan dikeluarkan atau mereka menamatkan amalan dalam tempoh tersebut.

Institut telah mendaftarkan 48 buah firma audit baru sepanjang tahun. Daripada jumlah tersebut, 41 buah ialah firma audit dan 7 buah firma bukan audit yang bertukar kepada firma audit. Institut juga telah menggugurkan 30 buah firma audit daripada daftar firma ahli memandangkan firma-firma tersebut telah berhenti beroperasi. Sepanjang tempoh yang sama, Institut telah mendaftarkan 118 firma bukan audit dan menggugurkan 38 firma bukan audit (31 firma tidak beroperasi, manakala 7 firma telah bertukar kepada firma audit) daripada daftar firma ahli.

Pada 30 Jun 2005, terdapat sejumlah 1,290 buah firma audit dan 520 buah firma bukan audit yang berdaftar dengan Institut, berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu hanya 1,272 buah firma audit dan 441 buah firma bukan audit. Jadual yang berikut menunjukkan taburan firma ahli (audit dan bukan audit) yang berdaftar dengan Institut.

BILANGAN FIRMA-FIRMA AHLI MENGIKUT NEGERI
(pada 30 Jun 2004 dan 30 Jun 2005)

NEGERI

PADA 30 JUN 2004

PADA 30 JUN 2005

FIRMA
AUDIT

FIRMA BUKAN
AUDIT

JUMLAH 

FIRMA
AUDIT

FIRMA BUKAN
AUDIT

JUMLAH 

WILAYAH PERSEKUTUAN*

481

146

627

486

171

657

Johor

117

56

173

25

16

41

Kedah

26

14

40

95

29

124

Kelantan

14

0

14

258

134

392

MELAKA

28

12

40

51

37

88

Negeri Sembilan

19

8

27

0

1

1

Pahang

19

3

22

80

14

94

PULAU PINANG

95

32

127

15

1

16

Perak

54

34

88

19

10

29

Perlis

0

1

1

11

2

13

Sabah

78

12

90

21

4

25

Sarawak

80

16

96

28

16

44

Selangor

250

106

356

120

69

189

Terengganu

11

1

12

81

16

97

 JUMLAH 

1,272

441

1,713

1,290

520

1,810

Nota: *Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

 

B.   PEMBERIAN LATIHAN DAN PENDIDIKAN UNTUK SESEORANG YANG SEDANG MENJALANKAN ATAU BERHASRAT UNTUK MENGAMALKAN PROFESION PERAKAUNAN

Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk menyediakan latihan dan pendidikan kepada  ahli. Objektif Institut dalam menyediakan latihan dan pendidikan adalah untuk memastikan semua ahli dapat membina dan mengekalkan kecekapan profesional yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan berkualiti tinggi kepada  pelanggan, majikan dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan meningkatkan keyakinan awam dalam profesion ini.

Pendidikan Profesional Berterusan

Operasi Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) Institut yang dijalankan oleh Jabatan CPE telah mencapai prestasi membanggakan untuk setahun lagi dengan menyediakan program-program yang lebih berkualiti pada tahun ini. Bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2005, 316 acara-acara CPE telah dianjurkan oleh Jabatan CPE, yakni peningkatan sebanyak 3% berbanding tahun sebelumnya.

Institut sekali lagi telah dengan jayanya menganjurkan acara tahunan, Persidangan Perakaunan Kebangsaan (NAC) 2004 pada 12-13 Oktober 2004 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tema pada tahun tersebut ialah “Principle-Centred Stewardship-Key to Better Business”.  Dihadiri oleh 1,600 perwakilan iaitu peningkatan sebanyak 9% berbanding tahun sebelumnya, NAC 2004 telah membawa lebih ramai penceramah profesional dan menawarkan topik-topik yang lebih luas kepada  peserta. Setelah bertahun-tahun dianjurkan, NAC telah membentuk satu jenama yang unik berdasarkan kehadiran baik di kalangan ahli-ahli yang menghadiri acara ini setiap tahun. NAC juga telah menimbulkan minat yang makin mendalam  di kalangan mereka yang bukan ahli Institut. Acara berprestij ini juga telah berjaya meningkatkan bilangan organisasi-organisasi besar sebagai penaja dan pengeksibit. Persediaan untuk NAC 2005 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 22-23 November 2005 sedang dijalankan.

Pada tahun yang dilaporkan, Institut juga telah bekerjasama secara aktif dengan pusat-pusat latihan yang lain bagi menawarkan program-program yang lebih meluas kepada ahli-ahli. Selain menjalankan program bersama dengan badan-badan berjadual, Institut telah mula mengadakan acara CPE secara usahasama dengan universiti-universiti dan agensi-agensi kerajaan. Atas jemputan Kerajaan Negeri Melaka, Institut telah berjaya menguruskan Persidangan Kewangan Awam Kebangsaan 2004 yang berlangsung pada 26-27 Ogos 2004.

Pada masa ini, Institut sedang cuba menguruskan lebih banyak acara-acara untuk sektor awam dan akademik. Kerjasama yang lebih dengan Institut Percukaian Malaysia dan badan-badan berjadual telah dirancang untuk mendapatkan rangkaian penceramah-penceramah badan-badan tersebut yang meluas. Perancangan dua hala untuk mendapat penceramah-penceramah daripada rantau ini pada kadar kos perjalanan yang munasabah juga sedang dibuat. Pendidikan profesional berterusan yang lebih berkesan menerusi  jentera cawangan yang cekap sedang dirancang untuk tahun yang akan datang. Penggunaan e-pembelajaran bagi menghubungi ahli-ahli yang berada di kawasan-kawasan terpencil dan juga ahli-ahli yang sibuk sedang dipertimbangkan.

Dengan peningkatan kos secara keseluruhan, acara-acara CPE masih berharga pada rekod yang rendah iaitu RM350 sehari. Harga ini tidak berubah sejak tahun 1988. Bagi membolehkan pembayaran yang lebih baik diberi kepada penceramah-penceramah dan untuk mengimbangkan peningkatan kos, dijangkakan akan terdapat kenaikan harga bagi yuran untuk seminar-seminar dan program-program latihan dalam tahun yang akan datang.

Institut telah berusaha keras untuk memenuhi keperluan ahli-ahli yang berbeza dengan menganjurkan bukan sahaja program teknikal malah program yang dapat meningkatkan perkembangan profesional ahli dan keupayaan ahli untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti. Bagi tujuan ini, Institut telah menyemak semula program-program CPE yang sedia ada dan mengenalpasti serta memperkenalkan program-program CPE yang baru yang meliputi isu-isu yang relevan, tepat pada masanya serta semasa untuk ahli-ahli memanfaatkannya dalam memenuhi tanggungjawab pembelajaran sepanjang hayat. 

ANALISA ACARA CPE
(untuk tahun berakhir 30 Jun 2005)
 

 

Lokasi

Jumlah

Perakaunan dan Pengauditan 

Percukaian

Pengurusan & Kewangan

Teknologi
Maklumat

Pembang-unan Diri

LEMBAH KLANG

200

35

29

38

90

8

ALOR SETAR

4

1

2

1

-

-

PENANG

20

5

9

4

2

-

IPOH

3

-

2

1

-

-

SEREMBAN

4

1

2

1

-

-

MELAKA

3

-

1

2

-

-

JOHOR BAHRU

11

4

4

3

-

-

KUANTAN

6

1

4

1

-

-

KUALA TERENGGANU

4

2

1

1

-

-

KOTA BHARU

2

-

1

1

-

-

KUCHING

17

3

9

4

-

1

SIBU

3

1

2

-

-

-

BINTULU

4

1

2

1

-

-

MIRI

7

-

6

1

-

-

KOTA KINABALU

19

3

10

3

2

1

SANDAKAN

3

-

2

1

-

-

TAWAU

3

-

3

-

-

-

LABUAN

3

-

2

1

-

-

 JUMLAH 

316

57

91

64

94

10

C.   PENGAWALAN DAN PENYELIAAN TERHADAP PENGENDALIAN PEPERIKSAAN KELAYAKAN MIA

Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk meluluskan, mengawal dan menyelia pengendalian Peperiksaan Kelayakan MIA (MIA QE). Objektif Institut dalam menyediakan peperiksaan ini adalah untuk memberi calon-calon yang layak dan berkelayakan suatu laluan alternatif dan berwibawa untuk kemasukan sebagai ahli Institut.

Peperiksaan Kelayakan

Dua peperiksaan telah dikendalikan dengan jayanya pada 23–24 September 2004 dan 23–24 Mac 2005 di lima buah pusat, iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Johor Bahru serta pejabat cawangan MIA di Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu (disebabkan oleh jumlah pendaftaran calon yang kecil, pusat peperiksaan di Johor Bahru tidak dibuka untuk peperiksaan Mac 2005). Seramai 245 dan 335 calon menduduki peperiksaan pada September 2004 dan Mac 2005.

Keputusan bagi peperiksaan September 2004 tidak memuaskan, dengan kadar kelulusan yang rendah dan hanya 2 orang calon lulus dengan kepujian. Keputusan bagi peperiksaan Mac 2005 adalah lebih baik daripada peperiksaan sebelumnya dengan peningkatan jumlah calon yang lulus dan 10 calon mendapat kepujian. Semenjak diperkenalkan, 10 calon telah lulus keseluruhan MIA QE. 

KEPUTUSAN MIA QE SEPTEMBER 2004 

 

TAX

BCL

AFAR

AUD

LULUS

19

11

16

6

LULUS DENGAN KEPUJIAN

1

0

0

1

GAGAL

75

68

48

61

TIDAK HADIR

17

16

19

11

JUMLAH

112

95

83

79

 

Nota:

TAX = Percukaian
BCL
= Undang-undang Perniagaan dan Syarikat

AFAR = Perakaunan dan Laporan Kewangan Lanjutan
AUD
  = Pengauditan

 

KEPUTUSAN MIA QE MAC 2005

 

TAX

BCL

AFAR

AUD

LULUS

40

9

25

22

LULUS DENGAN KEPUJIAN

3

0

1

6

GAGAL

99

88

73

55

TIDAK HADIR

20

23

20

14

JUMLAH

162

120

119

97

 

Nota:

TAX = Percukaian
BCL
= Undang-undang Perniagaan dan Syarikat

AFAR = Perakaunan dan Laporan Kewangan Lanjutan
AUD
  = Pengauditan

D.   KAWALSELIA AMALAN PROFESION PERAKAUNAN DI MALAYSIA

Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk mengawalselia profesion perakaunan. Objektif pengawalseliaan ini adalah untuk memastikan kesemua ahli mematuhi standard profesional dan etika dalam menjalankan tanggungjawab profesional serta memastikan kesemua ahli mempamerkan tahap profesionalisme, kewibawaan dan integriti yang tinggi sebagaimana yang diharapkan daripada profesion ini.

Sepanjang tempoh yang dilaporkan, Institut telah secara aktif melaksanakan fungsi pengawalseliaannya melalui beberapa jawatankuasa Institut yang mana pelbagai insiatif  dan aktiviti seperti yang berikut telah dijalankan:

Perakaunan dan Pengauditan

Sepanjang tahun ini, Majlis Institut telah meluluskan draf-draf dedahan berikut berkaitan piawaian dan penyata yang dikeluarkan oleh International Auditing and Assurance Standards Board (IAASB) IFAC, sebelum ianya diterbitkan sebagai “Malaysian Approved Standards on Auditing”:

ED 200/2004 -  “Objective and General Principles Governing an Audit of Financial Statements”;
ED 220/2004 - “Quality Control for Audits of Historical Financial Information”;
ED 240/2004 - “The Auditor’s Responsibility to Consider Fraud In an Audit of Financial Statements”;

ED ISQC1/2004 – “Quality Control for Firms That Perform Audits and Reviews of Historical Financial Information, and Other Assurance and Related Services Engagements”;

ED 315/2005 - “Understanding the Entity and Its Environment and Assessing the Risk of Material Misstatement”;
ED 330/2005 - “The Auditor’s Procedures in Response to Assessed Risks”;
ED 500/2005 - “Audit Evidence”.

Institut telah mengkaji komen-komen yang diterima tentang draf-draf dedahan tersebut dan sedang dalam proses menerbitkannya sebagai Piawaian Pengauditan Malaysia yang Diluluskan.

Pindaan ke atas penomboran bagi Piawaian Pengauditan Malaysia yang Diluluskan berikutan perubahan-perubahan dalam struktur pengumuman dan piawaian yang dikeluarkan oleh IAASB juga telah diluluskan oleh Majlis Institut sepanjang tahun yang dilaporkan ini.

Di samping itu, Institut juga meneliti penerangan pendahuluan bagi 15 piawaian pengauditan dan kenyataan amalan yang telah diluluskan, bagi tujuan mengharmonikan amalan audit di Malaysia.

Etika

Institut telah mengeluarkan Undang-undang Kecil B-1 yang baru tentang Kebebasan Profesional dan meminda bahagian Interpretasi Undang-undang Kecil (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika) berdasarkan kepada seksyen 8, Kod Etika IFAC. Selain dipinda berdasarkan piawaian antarabangsa, Undang-undang Kecil B-1 yang baru turut mengambil kira undang-undang dan situasi tempatan. Undang-undang Kecil tersebut berkuatkuasa bagi “assurance engagements” bagi tahun kewangan bermula pada atau selepas 1 Julai 2004.

Institut juga telah mengeluarkan Peruntukan Peralihan untuk tempoh peralihan untuk pematuhan bagi tiga perkara, iaitu giliran rakan kongsi dalam audit entiti-entiti tersenarai dan berkepentingan awam, peruntukan perkhidmatan “non-assurance” kepada klien-klien audit, dan tanggungan kewangan ke atas mana-mana klien audit yang merupakan entiti tersenarai atau entiti berkepentingan awam berjumlah lebih 15% daripada keseluruhan yuran tahunan firma.

Penelitian Penyata Kewangan


Penelitian lazim terhadap penyata kewangan telah dijalankan oleh Institut bagi tujuan memastikan kepatuhuan kepada keperluan undang-undang, piawaian perakaunan dan pengauditan yang diluluskan, serta prinsip-prinsip dan amalan perakaunan dan pengauditan yang diterima secara umumnya. Sepanjang tahun ini, skop penelitian penyata kewangan telah dikajisemula oleh Institut kepada 70% syarikat awam tersenarai, 20% syarikat tidak tersenarai dan 10% syarikat berkaitan kerajaan (2004: 80% syarikat awam tersenarai dan 20%  syarikat tidak tersenarai). Keputusan penelitian telah disampaikan kepada ahli-ahli yang bertanggungjawab dalam penyediaan penyata kewangan bagi setiap syarikat, ahli-ahli yang melapor tentang penyata kewangan dan juga ahli-ahli lembaga pengarah. Keseluruhannya, 30 penyata kewangan telah diteliti sepanjang tempoh yang dilaporkan ini. Penelitian dan perbincangan juga telah dijalankan oleh Institut terhadap perkara-perkara yang dirujuk oleh pihak berkuasa kawalselia.

Penyiasatan

Akta Akauntan, 1967 memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan sebagai jawatankuasa berkanun untuk menyiasat aduan yang dikemukakan terhadap ahli Institut. Sepanjang tahun ini, Jawatankuasa Penyiasatan menerima 27 aduan terhadap ahli-ahli, menjadikan jumlah kes diperingkat penyiasatan sebanyak 57 kes (termasuk 30 kes dari tahun terdahulu). Daripada jumlah tersebut, Jawatankuasa Penyiasatan telah selesai menyiasat 17 kes. Jawatankuasa Penyiasatan telah memutuskan untuk merujuk 5 kes ke Jawatankuasa Tatatertib dan menolak 12 kes. Terdapat 40 kes yang sedang dalam pelbagai peringkat penyiasatan.

Tatatertib

Akta Akauntan, 1967 memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Tatatertib sebagai jawatankuasa berkanun yang menjalankan prosiding tatatertib terhadap ahli-ahli. Sepanjang tahun ini, prosiding tatatertib telah dijalankan terhadap 2 kes. Salah satu kes telah ditolak, manakala dalam satu lagi kes, ahli tersebut telah didapati bersalah berkelakuan tidak profesional dan telah dikenakan tindakan sewajarnya. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan, Accountants Today dan juga dua akhbar. Pihak berkuasa yang berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai keputusan kes ini. Terdapat 5 kes yang masih menunggu prosiding tatatertib.

Tiada rayuan dibuat kepada Lembaga Rayuan Tatatertib, iaitu sebuah lagi jawatankuasa berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Akauntan, 1967.

Bagi rayuan-rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang dibuat di bawah Kaedah-kaedah Akauntan 1972 yang lama, satu kes yang dibawa oleh seorang ahli terhadap Institut yang masih menunggu rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi, telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Dua lagi kes, iaitu rayuan oleh Institut terhadap keputusan  Mahkamah Tinggi dan rayuan oleh seorang ahli terhadap Institut, sedang menunggu perbicaraan di hadapan Mahkamah Rayuan.

Hal Ehwal Keahlian dan Pendidikan Profesional Berterusan

Institut komited dalam memupuk dan mempromosikan pendidikan sepanjang hayat dikalangan ahli-ahli dalam memastikan kemajuan berterusan ke atas pengetahuan profesional, kemahiran, kewibawaan ahli-ahli dan nilai profesional, etika dan sikap mereka, dalam menyediakan perkhidmatan kepada klien, majikan, pengawalselia dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Sehubungan itu, Institut telah menerbitkan Undang-undang Kecil A-4 yang baru tentang Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005. Undang-undang Kecil A-4 adalah selaras dengan Piawaian Pendidikan Antarabangsa (IES 7) tentang Pendidikan Profesional Berterusan yang dikeluarkan oleh IFAC.

Undang-undang Kecil A-4 yang baru ini mewajibkan semua ahli untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 120 jam kredit pembelajaran CPE yang relevan untuk setiap kitaran CPE dalam tiga tahun kalendar berturutan, yang mana  60 jam kredit CPE adalah berstruktur dan boleh disahkan. Undang-undang Kecil A-4 yang baru juga mengkehendaki ahli untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 20 jam kredit CPE yang berstruktur dan boleh disahkan bagi pembelajaran CPE setiap tahun. Ahli-ahli dikehendaki mengekalkan rekod pematuhan mereka mengikut keperluan CPE. Dalam hal ini, ahli-ahli boleh memanfaatkan kemudahan atas talian (online) untuk mengemaskini rekod pematuhan CPE melalui laman web Institut. Undang-undang Kecil A-4 yang baru juga memperuntukkan bahawa sebarang kegagalan untuk mematuhi keperluan-keperluan ini atau untuk memberi maklumbalas kepada pertanyaan-pertanyaan dari Institut tentang perkara yang sama akan dianggap sebagai kelakuan tidak profesional memandangkan pada dasarnya, ianya merupakan perlanggaran kepada prinsip-prinsip asas profesion (untuk mengekalkan dan mengemaskini kecekapan profesional).

Untuk memastikan ahli-ahli Institut mematuhi keperluan CPE, Institut telah memilih ahli-ahli secara rawak untuk diaudit.  Sebelum ini, Institut telah menjalankan 2 audit bagi tujuan ini.

Pada 1998, Institut telah memilih secara rawak dan mengaudit seramai 989 ahli. 45% dari jumlah tersebut mematuhi keperluan CPE manakala 6% telah mendapat pengecualian  berdasarkan pelbagai sebab yang dibenarkan oleh Majlis Institut. 20% dari keseluruhan ahli tidak memberi maklumbalas kepada surat Institut yang meminta bukti pematuhan. Terdapat juga 6% ahli yang gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap sebagai bukti untuk menyokong pematuhan mereka. 23% ahli yang telah diaudit yang gagal mendapatkan jam kredit CPE yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan telah diberi masa tambahan untuk melengkapkan kekurangan jam kredit menurut budi bicara Institut.

Jika dibandingkan bagi tahun 2001, sejumlah 2,814 ahli telah dipilih secara rawak dan diaudit. Peratusan ahli yang mematuhi meningkat dengan mendadak dari 45% kepada 60%. Walau bagaimanapun, 25% ahli yang diaudit gagal untuk memberi maklumbalas, dan telah dirujuk ke Jawatankuasa Penyiasatan Institut. Terdapat pengurangan yang nyata dalam peratus keahlian yang kekurangan jam kredit CPE atau gagal mengemukakan bukti pematuhan yang mencukupi sepanjang tahun pematuhan.


Audit pematuhan CPE bagi kitaran CPE dari 1 Januari 2002 sehingga 31 Disember 2004 (audit 2002 -2004) sedang dilakukan dan dijangka selesai sepenuhnya pada akhir 2005. Peringkat pertama bagi audit 2002 – 2004 merangkumi 1,500 ahli yang dipilih secara rawak telah selesai pada 30 Jun 2005. Peratusan ahli yang patuh telah merosot kepada 58.6% dari 60% dalam tahun 2001. 18.2% daripada ahli yang diaudit telah gagal untuk memberi maklum balas berbanding 25% dalam tahun 2001. Peratusan ahli yang kekurangan jam kredit CPE atau gagal mengemukakan bukti pematuhan yang mencukupi dalam tempoh ini telah banyak meningkat.

 

Semakan Amalan

Sepanjang tempoh yang dilaporkan, Jabatan Semakan Amalan telah mengeluarkan notis semakan kepada 49 firma ahli. Ini membawa kepada jumlah kumulatif firma ahli yang terpilih untuk semakan sehingga 30 Jun 2005 kepada 80 firma, yang mana 10 daripadanya merupakan firma panel semakan kini dan terdahulu Institut.

Sehingga 30 Jun 2005, semakan ke atas 49 firma ahli telah selesai, yang mana 8 telah dijalankan oleh panel penyemak dan selebihnya oleh pengurus-pengurus penyemak dalaman Institut. Draf laporan yang dihantar oleh panel penyemak telah dikaji untuk memastikan keseragaman dalam dasar pandangan semakan yang dikeluarkan dan penyampaian keseluruhan draf laporan. 49 firma ahli yang disemak termasuklah 9 firma panel penyemak kini dan terdahulu Institut.

Dalam bulan November 2004, penemuan dan kelemahan umum yang dikenalpasti sepanjang semakan firma ahli sehingga tarikh tersebut telah disusun secara berjadual dan dikeluarkan dalam bentuk pekeliling. Pekeliling ini telah diluluskan oleh Majlis dan diberikan pada Disember 2004 kepada  firma ahli, sebagai panduan untuk firma ahli mengelakkan kesulitan/masalah  yang sama dalam pematuhan dengan piawaian profesional yang digunapakai selama pelaksanaan “audit engagements” mereka. Pekeliling tersebut dalam versi terkini akan diterbitkan secara berkala untuk firma ahli dengan objektif untuk terus memperbaiki kualiti keseluruhan “audit engagements” yang mereka jalankan.

Pada bulan Februari 2005, jumlah kakitangan semakan amalan telah ditambah menjadi 5 orang dengan pengambilan 2 orang pengurus semakan amalan dalaman. Salah seorang daripada pengurus baru telah ditempatkan di pejabat utama Institut sementara seorang lagi ditempatkan di pejabat cawangan Institut di Sabah. Penambahan jumlah kakitangan untuk semakan amalan adalah perlu untuk memastikan kecekapan dalam pelaksanaan program semakan amalan.

E.   PENINGKATAN KEPENTINGAN PROFESION PERAKAUNAN DI MALAYSIA

Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk meningkatkan kepentingan profesion perakaunan di Malaysia.  Objektif Institut dalam melaksanakan fungsi ini adalah untuk memastikan kepentingan profesion dipertingkatkan secara keseluruhan, sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa.

Salah satu cabaran penting yang dihadapi oleh profesion perakaunan dan Institut dalam tahun yang dilaporkan adalah cadangan daripada Ketua Audit Negara untuk memperkenalkan Akta Juruaudit.  Akta Juruaudit yang dicadangkan bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Juruaudit dan Institut Juruaudit yang berasingan untuk mengawal kelakuan, piawaian dan perlesenan untuk semua jenis ‘audit’ atau ‘juruaudit’, tanpa sebarang perbezaan.  Akta Juruaudit yang dicadangkan membawa akibat yang mendalam terhadap profesion perakaunan memandangkan ia tidak mengiktiraf ke tahap mana juruaudit penyata kewangan (yang merupakan akauntan dan ahli Institut) dikehendaki untuk mematuhi piawaian profesional dan etika berkualiti tinggi yang diselaraskan mengikut kehendak piawaian antarabangsa, dan tahap profesional serta kelayakan pendidikan yang tinggi yang diharapkan daripada juruaudit menurut Akta Akauntan 1967 dan syarat-syarat yang sedia ada menurut kuasa Menteri Kewangan di bawah Akta Syarikat 1965.  Institut menangani cabaran ini dengan mengadakan mesyuarat bersama Ketua Audit Negara dan menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap Akta Juruaudit yang dicadangkan tersebut. Memorandum yang terperinci yang menjelaskan kebimbangan dan bantahan Institut juga telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara.  Institut juga telah mengemukakan Memorandum yang sama kepada Menteri Kewangan II, Ketua Akauntan Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bursa Malaysia.  Institut masih menunggu keputusan rasmi daripada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Beberapa inisiatif telah dijalankan sepanjang tahun untuk meningkatkan kepentingan profesion.

Institut melalui Jabatan Piawaian telah menganjurkan Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) bersama Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Pengurusan Malaysia (MIM).  Objektif NACRA adalah untuk meningkatkan komunikasi yang lebih efektif oleh sesuatu organisasi, mengiktiraf dan menggalakkan kecemerlangan dalam penyampaian informasi kewangan dan perniagaan, mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam tentang objektif syarikat, operasi dan prestasi kewangan, dan meningkatkan tahap tadbir urus yang lebih tinggi. NACRA yang disokong oleh Bursa Malaysia, dibuka kepada  semua syarikat tersenarai di Papan Utama, Papan Kedua dan pasaran MESDAQ di Bursa Malaysia, serta syarikat yang tidak tersenarai, entiti sektor awam serta organisasi-organisasi tempatan yang lain.  Acara ini dijalankan setiap tahun semenjak 1990 dan NACRA 2004 menyaksikan sebanyak 70 syarikat memenuhi kriteria pengadilan awal, dan  layak untuk bersaing bagi anugerah Kecemerlangan Keseluruhan, 12 anugerah Kecemerlangan Industri, 2 anugerah Persembahan dan anugerah Laporan Alam Sekitar.  Sebanyak 23 syarikat telah memenangi anugerah atau sijil merit sempena NACRA 2004.  Majlis penganugerahan dan makan malam NACRA 2004 yang diadakan pada 30 November 2004, telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada masa ini persediaan untuk NACRA 2005 sedang dijalankan.

Melalui Jabatan Piawaian dan Jabatan Hal Ehwal Amalan, Institut telah menganjur dan mengambil bahagian dalam forum separuh hari bertajuk “Corporate Law Reform” di Kuala Lumpur pada 22 Februari 2005 untuk membincangkan bersama  ahli mengenai usaha-usaha berkenaan pembaharuan undang-undang korporat dan untuk berbincang secara aktif dengan wakil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Korporat (CLRC) dari SSM tentang perkara yang sama.  Pada 26 Mei 2005, Institut juga telah menganjurkan taklimat khas untuk beberapa wakil daripada Urus Setia CLRC, antaranya membincangkan mengenai fungsi Institut serta peranan dan tanggungjawab  akauntan dan juruaudit.  Inisiatif yang terdapat dalam agenda pembaharuan undang-undang korporat yang mana telah membimbangkan ahli-ahli juga telah dibangkitkan kepada Urus Setia CLRC.

Institut bersama beberapa badan pengawalselia dan profesional telah dijemput oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyertai Badan Bertindak Pelaksanaan Plan Integriti Nasional mengenai Tadbir Urus dan Etika Perniagaan yang baru ditubuhkan.  Badan Bertindak ini ditubuhkan untuk memfokus khusus kepada salah satu daripada sasaran Plan Integriti Nasional, iaitu peningkatan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.  Wakil-wakil Institut telah menghadiri dan menyertai pelbagai perbincangan bagi salah satu daripada strategi yang dikenal pasti di bawah sasaran tersebut, iaitu mengukuhkan integriti sektor korporat, dan pelbagai plan bertindak berkenaannya.  Presiden Institut juga telah dilantik menjadi ahli Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baru ditubuhkan, dan juga menjadi ahli panel penasihat ekonomi IIM.  Institut juga telah dijemput untuk menghadiri Forum Etika dan Integriti Sedunia 2005 anjuran IIM pada bulan April 2005.

Institut melalui Jabatan Piawaian, Percukaian dan Penguatkuasaan turut serta secara aktif dalam perundingan, kajian, dialog, penelitian terhadap pengumuman dan undang-undang yang dicadangkan oleh pihak pengawalselia tempatan, dan juga organisasi serantau dan antarabangsa terhadap isu-isu yang berkaitan dengan profesion perakaunan di Malaysia termasuk yang berikut:

Kumpulan Kerja Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) berkaitan dengan piawaian laporan kewangan, piawaian laporan kewangan antarabangsa dan piawaian perakaunan Islam;

Kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bersama Organisasi Antarabangsa Suruhanjaya-suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) dan perbincangan dengan Bank Dunia;

Soal selidik Badan Ahli IFAC tentang “Assessment of the Regulatory and Standard-Setting Framework” untuk penilaian peringkat pertama terhadap pematuhan Institut dengan Penyata Obligasi Keahlian (SMOs) IFAC.

Melalui pelbagai jawatankuasa, Institut juga dengan aktifnya meningkatkan kepentingan profesion seperti yang berikut:

Perakaunan dan Pengauditan

Sepanjang tahun kewangan, Institut dengan aktifnya meneliti dan memberi ulasan terhadap draf dedahan bagi Piawaian Pengauditan Antarabangsa (IAS) yang dikeluarkan oleh IAASB IFAC dan draf dedahan yang dikeluarkan oleh MASB.  Institut juga mengemukakan maklumbalas terhadap Soal Selidik yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASB) bertajuk “Possible Recognition and Measurement Modification for Small and Medium Sized Entities” berkenaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Institut juga menjalankan inisiatif tertentu untuk meningkatkan kepentingan  ahli seperti yang berikut:

Menyertai perbicaraan umum yang djalankan oleh MASB terhadap cadangan piawaian perakaunan Islam iaitu Ijarah;
Menyerahkan satu memorandum kepada dan menyertai 5 mesyuarat  bersama SC mengenai isu berkaitan Informasi Kewangan Pro Forma, Akta Industri Sekuriti 1983 yang dipinda, Polisi dan Garis Panduan SC mengenai Keluaran/Tawaran bagi Sekuriti dan Panduan Prospektus, dan Laporan Juruaudit kepada Pengurus Dana dan Peniaga;

Menyertai dialog anjuran SC bersama Institut, MICPA, MASB dan Yayasan Laporan Kewangan mengenai kekurangan di dalam laporan dan perakaunan dan isu-isu pengauditan.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Berkenaan dengan pencegahan pengubahan wang haram dan mengatasi pembiayaan untuk keganasan, Institut telah terlibat dengan aktifnya dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Menyerah dan mendapatkan kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Soalan dan Jawapan Lazim berkaitan lanjutan skop Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, 2001 (AMLA) kepada akauntan dan setiausaha syarikat yang merupakan ahli Institut, yang diterbitkan dalam Accountants Today, isu bulan Julai, Ogos dan November 2004;

Menyertai dua mesyuarat bersama Unit Perisikan Kewangan BNM, dan mengetuai perbincangan tentang skop, implikasi dan isu berikutan dari lanjutan skop AMLA kepada akauntan dan setiausaha syarikat yang merupakan ahli Institut, dengan tujuan untuk melindungi kepentingan  ahli di samping memenuhi objektif pencegahan pengubahan wang haram  dan langkah mengatasi pembiayaan untuk keganasan yang diambil oleh BNM di Malaysia;

Menyertai perbincangan bersama Unit Perisikan Kewangan BNM tentang definisi dan cadangan perkataan yang akan digunakan dalam Perintah Invokasi  yang dibuat di bawah AMLA untuk melanjutkan keperluan melapor kepada akauntan dan setiausaha syarikat yang merupakan ahli Institut;

Membina konsep dan menganjurkan forum bertajuk “Combating Terrorism Financing – New Legislative Developments Affecting Accountants and Lawyers” semasa NAC 2004 yang melibatkan panelis dari BNM, Majlis Peguam dan Institut, mengenai langkah-langkah mengatasi pembiayaan untuk keganasan dan implikasi berikutan pindaan kepada Kanun Jenayah ke atas profesional seperti akauntan dan peguam;

Mengedarkan maklumat tentang lanjutan skop AMLA kepada akauntan dan setiausaha syarikat, dan inisiatif yang dijalankan oleh Institut untuk membantu ahli-ahlinya mematuhi peraturan undang-undang baru ini, dan juga kepada pihak pengawalselia, pihak awam yang berkepentingan, fakulti perakaunan di institusi pengajian tinggi tempatan dan media.

Memandangkan terdapat keperluan jangkamasa panjang bagi profesion berikutan  implikasi dari AMLA, dalam bulan November 2004 Majlis telah meluluskan supaya Badan Bertindak Pencegahan Pengubahan Wang Haram menjadi satu Jawatankuasa tetap Institut.

Amalan Undang-undang Syarikat

Institut bersama MICPA telah memberi maklum balas terhadap kertas rundingan bertajuk “Strategic Framework for Corporate Law Reform” yang dikeluarkan oleh SSM, dan juga memohon penyertaan dan penglibatan yang lebih bagi profesion perakaunan dalam inisiatif pembaharuan undang-undang korporat yang pada masa ini dijalankan oleh CLRC.

Institut juga telah mengemukakan Memorandum bersama MICPA dan menyertai Dialog Tahunan SSM 2005 yang mana isu-isu berkaitan yang melibatkan profesion telah dibangkitkan, termasuk plan bertindak SSM mengenai pengenalan perkongsian liabiliti terhad sebagai cara perniagaan alternatif bagi firma profesional serta status dan tahap inisiatif pembaharuan undang-undang korporat yang dijalankan oleh CLRC.

Etika

Apabila Undang-undang Kecil B-1 yang baru tentang Kebebasan Profesional dikeluarkan, Institut telah mengedarkan maklumat mengenai pengeluaran Undang-undang Kecil B-1 yang baru tersebut serta pindaan terhadap bahagian Intepretasi Undang-undang Kecil (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika) kepada pihak pengawalselia yang berkenaan, pihak awam yang berkepentingan dan fakulti perakaunan di institusi pengajian tinggi tempatan.  Taklimat juga diadakan untuk pihak-pihak berkuasa yang mengawalselia berkenaan dengan peruntukan dalam Undang-undang Kecil B-1 yang baru.

Pada bulan November 2004, Institut telah mengemukakan maklumbalas terhadap Soal Selidik yang dikeluarkan oleh IFAC mengenai pelaksanaan Institut berkenaan keperluan kebebasan yang terkandung dalam Kod Etika IFAC.  Maklumbalas ini secara ringkas memaklumkan langkah-langkah yang diambil oleh Institut untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak-pihak yang berkepentingan terhadap Draf Dedahan yang berkaitan dengan Undang-undang Kecil B-1 dan untuk mengedarkan maklumat mengenai Undang-undang Kecil B-1 yang baru kepada ahli dan pihak-pihak berkepentingan.  Institut juga mengemukakan lampiran tambahan kepada Soal Selidik berkenaan dengan (a) perbandingan terhadap peruntukan dalam Undang-undang Kecil B-1 dan peruntukan dalam seksyen 8 Kod Etika IFAC; (b) ringkasan mengenai perbezaan yang utama antara Undang-undang kecil B-1 dan seksyen 8 Kod Etika IFAC, beserta rasional untuk pindaan; dan (c) ringkasan ulasan yang penting yang diterima bagi Draf Dedahan terhadap Undang-undang Kecil B-1 dan keputusan yang dibuat berdasarkan kepada ulasan-ulasan tersebut.

Institut telah menyertai Perbincangan Tumpuan Berkumpulan dalam bulan September 2004 yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik yang diambil oleh Jawatankuasa Pendidikan IFAC untuk membentuk satu panduan yang praktikal dalam membantu dan menggalakkan badan ahli, ahli akademik dan pihak lain yang bertanggungjawab terhadap pendidikan profesional akauntan dalam menerimapakai pendekatan yang sesuai untuk membentuk nilai dan etika profesional sebagai sebahagian daripada pendidikan bagi kesemua akauntan profesional.  Dalam bulan November 2004, Institut juga telah menyerahkan komen yang substantif terhadap Draf Dedahan Kedua yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Etika IFAC mengenai Cadangan Pindaan Kod Etika IFAC.

Amalan Insolvensi

Setelah menyerahkan satu Memorandum berkenaan rangka kerja pelesenan penyelesai syarikat kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada bulan Jun 2004, Institut telah membuat susulan dengan MOF dan dimaklumkan buat masa ini bahawa cadangan Institut adalah dalam pertimbangan SSM. Pelbagai isu lain yang berkaitan dengan pengamal insolvensi seperti  bila penyelesai syarikat  berhenti bertindak di dalam “members’ voluntary winding-up”, proses temuduga penyelesai syarikat dan tugas penerima untuk menggunakan pertimbangan profesional dalam keadaan tertentu turut dibincangkan. Cadangan untuk menukar, membaikpulih atau membantu ahli apabila perlu dan di mana boleh sedang dipertimbangkan.

Bagi setanding dengan perkembangan antarabangsa dalam bidang insolvensi dan penstrukturan semula korporat, wakil-wakil dari Institut telah menghadiri Kongres Sedunia Ke Tujuh yang dianjurkan oleh INSOL International di Sydney, Australia pada 14 – 16 Mac 2005.  Kongres tersebut menyaksikan penyertaan dari  hampir 80 orang delegasi dari lebih 30 buah negara, temasuklah akauntan, peguam, pakar patah balik “turnaround” dan ahli akademik.  Sesi teknikal Kongres membincangkan amalan insolvensi, penstrukturan semula, mengorganisasi semula dan menyelamatkan korporat dalam bidang kuasa seperti Australia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan China.  Kongres tersebut memberi peluang tak ternilai untuk belajar dari pengalaman pakar-pakar dalam bidang insolvensi, terutamanya dalam kes luar sempadan.

Audit Dalaman

Institut terlibat dengan aktifnya sebagai penganjur bersama dengan Institut Juruaudit-juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) dalam menganjurkan Anugerah Amalan Audit Dalaman Terbaik (BIAPA) 2004. Objektif utama anugerah ini,  yang dibuka kepada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, syarikat yang tidak tersenarai serta agensi-agensi sektor awam yang mempunyai jabatan audit dalaman sendiri, ialah untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada syarikat/agensi yang mempunyai amalan audit dalaman yang paling cemerlang. Kriteria utama dalam menentukan penerima anugerah ini ialah kemajuan yang  berterusan dan promosi amalan yang terbaik dalam audit dalaman, peningkatan kepimpinan dan profesionalisme dalam audit dalaman, dan peningkatan peranan audit dalaman dalam tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalaman. Majlis Penganugerahan dan Makan Malam BIAPA 2004 telah diadakan pada 29 September 2004. Persiapan bagi BIAPA 2005 sedang dijalankan.

 

Institut juga telah mempromosi audit dalaman dengan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei berkenaan audit dalaman, yang terbuka kepada  pelajar perakaunan dari institusi-institusi pengajian tinggi, kolej swasta dan pelajar badan-badan profesional.

Akauntan Profesional dalam Perniagaan

Beberapa projek sedang dirancang  atau sedang dipertimbangkan oleh Institut yang disasarkan bagi meningkatkan kepentingan ahli-ahli Institut yang merupakan akauntan di sektor perdagangan dan industri atau perniagaan (akauntan profesional dalam perniagaan).

Institut memberi sokongan kepada Jawatankuasa Akauntan Profesional dalam Perniagaan IFAC (PAIB) dalam perkembangan sejagat dan pertukaran pengetahuan serta amalan baik untuk akauntan profesional dalam perniagaan.  Institut menghadiri dua mesyuarat Jawatankuasa PAIB IFAC dalam bulan September 2004 dan April 2005 dan terlibat dalam projek-projek PAIB IFAC yang berikut:

perkembangan dan penerbitan garis panduan perancangan perniagaan bagi membantu dalam perkembangan dan pelaksanaan perancangan untuk IKS;
promosi artikel pengurusan perakaunan tempatan ke peringkat antarabangsa melalui pertandingan Artikel Merit IFAC;
perkembangan fasa pertama projek Pusat Sumber PAIB;
penerbitan buku tema PAIB bertajuk “The Diverse Roles of Professional Accountants in Business”.

Projek Jawatankuasa PAIB IFAC membariskan pemberian bantuan kepada  akauntan profesional dalam perniagaan dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka antara lain, berkenaan dengan tadbir urus, dalam pengeluaran penyata kewangan yang kukuh dan boleh dipercayai, dalam  pengurusan prestasi IKS, dan dalam meningkatkan, menjelaskan dan komunikasi peranan ini.  Selaras dengan objektif ini, Institut berusaha untuk meningkatkan nilai yang disumbangkan oleh akauntan profesional dalam perniagaan di organisasi masing-masing dalam pelbagai cara.

Institut menganjurkan Anugerah Perakaunan Pengurusan Kebangsaan (NAfMA) 2004 yang pertama dengan kerjasama The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) – Divisyen Malaysia. Objektif NAfMA, yang terbuka kepada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia termasuk subsidiari serta sekutunya dan juga syarikat-syarikat multinasional yang tak tersenarai, adalah untuk mengiktiraf dan mempromosi penggunaan amalan baik dalam perakaunan pengurusan ke arah perniagaan berkelas dunia dikalangan organisasi di Malaysia. Terdapat 11 buah syarikat di peringkat akhir untuk NAfMA 2004, dengan 8 penerima anugerah di kategori yang berlainan. Majlis malam malam sempena penganugerahan tersebut telah diadakan pada 8 Disember 2004 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Institut dan CIMA, Divisyen Malaysia kini sedang menganjurkan NAfMA 2005.  NAfMA 2005 akan menjadi acara yang lebih meriah dengan penyertaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di samping syarikat tersenarai awam dan tidak tersenarai.  CIMA-Pusat Penyelidikan Perakaunan Pengurusan Asian UiTM dan Pusat Produktiviti Negara (NPC) merupakan rakan kongsi  NAfMA manakala Jabatan Akauntan Negara, Bursa Malaysia, Persekutuan Pengilang Malaysia, British-Malaysian Chamber of Commerce, Malaysian International Chamber of Commerce and Industry, Persatuan IKS Malaysia adalah penyokongnya.  Public Bank Berhad pula merupakan penaja utama NAfMA 2005 dan The Edge sebagai Mingguan Perniagaan Rasmi.

Sepanjang tahun, usaha untuk mempromosikan NAfMA dalam dan luar negara telah dibuat secara besar-besaran.  Bengkel-bengkel telah diadakan di Kuala Lumpur dan Kuching pada bulan Jun 2005 untuk menjelaskan tentang proses penilaian dan kriteria NAfMA 2005 kepada peserta yang berpotensi. 2 buah bengkel lagi akan diadakan pada bulan Julai 2005 di Pulau Pinang dan Johor Baru.  Lawatan korporat akan dijalankan dengan pesat bagi menggalakkan penyertaan di NAfMA 2005.  NAfMA turut dipromosikan semasa pameran SMI One Stop Solution Exhibition pada bulan Jun 2005.

Di peringkat antarabangsa, NAfMA menerima pengiktirafan antarabangsa apabila ia memenangi Anugerah Inovasi Xerox di Invention, Innovation, New Product Exposition (INPEX 2005) yang diadakan pada bulan Jun 2005 di Pittsburg, Amerika Syarikat.  NAfMA telah diadili oleh juri antarabangsa atas dasar kebergunaan, kreativiti dan daya tarikan keseluruhan.  Kemenangan ini memberi pengiktirafan antarabangsa kepada NAfMA sebagai penanda aras inovatif untuk amalan baik perakaunan pengurusan bagi membantu organisasi meningkatkan kecemerlangan keseluruhan mereka.

Amalan Awam

Salah satu dari cabaran utama yang dihadapi oleh Institut ialah cadangan terkini oleh Kementerian Sumber Manusia pada bulan Disember 2004 untuk memperkembangkan Akta Pembangunan Sumber Manusia (PSMB), 2001 untuk merangkumi 10 industri baru yang menyokong sektor perusahaan, temasuklah firma-firma ahli yang menawarkan perkhidmatan perakaunan, audit dan percukaian atau menyediakan laporan atau dokumen-dokumen lain yang difailkan dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.  Cadangan ini telah dilaksanakan ke atas firma-firma ahli yang mempunyai 10 atau lebih orang kakitangan, dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2005.

Apabila cadangan tersebut dimajukan untuk perbincangan pada tahun 2002 oleh Kementerian Sumber Manusia, Institut telah menyerahkan Memorandum kepada Kementerian ini, untuk membantah perkembangan/lanjutan ini malahan mencadangkan beberapa variasi kepada skim sumbangan wajib kepada PSMB oleh profesion perakaunan dan pengauditan.  Usaha susulan Institut berkenaan perkara ini tidak berjaya.  Usul-usul dalam Memorandum tersebut telah ditolak oleh Kementerian Sumber Manusia pada bulan September 2004.  Institut cuba mengadakan perbincangan dengan PSMB untuk menyelesaikan perkara ini tetapi gagal.  Pada bulan Februari 2005, Institut sekali lagi menyerahkan Memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia untuk mengeluarkan profesion perakaunan secara keseluruhan dari skop Akta PSMB, 2001.  Memorandum itu ditolak sekali lagi pada bulan Mac 2005.  Institut telah cuba lagi membuat rayuan berhubung dengan perkara ini.  Buat masa ini, Institut menanti maklumbalas dari pihak Kementerian dan PSMB.

Institut berpeluang menghantar wakil ke Persidangan Konsultatif SMP-SME IFAC yang diadakan di Prague, Republic Czech pada 10-11 Mac 2005.  Persidangan ini membincangkan beberapa isu mengenai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengamal Kecil dan Sederhana (SMP), termasuk keperluan untuk sistem pelaporan dan kewangan perakaunan yang mudah diguna, mudah difahami dan fleksibel. 

Inisiatif khusus lain yang diambil oleh Institut untuk meningkatkan kepentingan ahli-ahli pengamal termasuklah yang berikut:

Ceramah bertajuk “MESDAQ Market”, anjuran bersama dengan Bursa Malaysia pada 2 September 2004;

Menganjurkan Kolokium Pengamal pada 8 April 2005 berikutan kajiselidik ke atas nilai audit yang telah diedarkan oleh SSM.  Hasil dari maklumbalas daripada pengamal, Institut mencalonkan seorang wakil ke Kumpulan Kerja A CLRC tentang “Company Formation and Private Companies and Alternative Forms of Business Vehicles”, untuk memastikan lebih perwakilan profesion dalam sektor ini;

Berbincang dan mendapat penjelasan dari SC di mesyuarat pada 13 April 2005 berhubung isu Garis Panduan Penasihat Pelaburan dan Wakil-wakil Pelaburan, yang  akan memberi kesan kepada ahli-ahli pengamal Institut yang kini menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan;

Menganjurkan ceramah petang bertajuk “Aliance & Merger Strategy – Your Next Move?” pada 24 Mei 2005 yang mana penceramah berkongsi model perikatan yang boleh menuju kepada peringkat gabungan yang berjaya dikalangan firma-firma;

Menerusi Kumpulan Kerja Bersama Garis Panduan Sekuriti MIA-MICPA, membantu menyemak pelbagai perubahan dalam Kaedah dan Peraturan Bursa Malaysia berikutan perubahan Bursa Saham Kuala Lumpur kepada badan korporat dan pengapungannya kelak, menyemak semula peruntukan ‘whistle blowing’ bawah Akta Industri Sekuriti, 1983 dan menyemak semula ulangkaji dan mungkin pengeluaran semula nota panduan untuk penyediaan Laporan Akauntan untuk Penawaran Awam Permulaan (IPO).  Beberapa projek tersebut masih berjalan.

Dalam tempoh yang dilaporkan, Institut telah menjadi hos lawatan yang dibuat oleh wakil-wakil dari Asia Pacific Financial Services Association (APFinSA) pada 2 Oktober 2004 untuk membincangkan industri perancangan kewangan di Malaysia, dan oleh wakil-wakil dari Ibu Pejabat CPA Australia pada 14 Mac 2005 untuk membincangkan isu terkini yang melibatkan profesion di Malaysia dan juga di Australia.

Percukaian

Institut telah mengadakan dialog dengan Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, di samping mengambil bahagian dalam memberi komen/usul berkenaan dengan pelbagai isu/garis panduan.

Dalam tempoh yang dilaporkan, kategori utama dialog yang diadakan dengan pihak berkuasa ialah:

Dialog Operasi dan Teknikal dengan LHDN yang bertujuan untuk mendapat penjelasan lanjut dari LHDN tentang perundangan terkini atau garis panduan yang dikeluarkan dan untuk menyelesaikan masalah praktikal yang dihadapi oleh ahli Institut.  Institut turut mengeluarkan pandangan dan usul tentang pelbagai isu cukai bagi meningkatkan kepentingan profesion perakaunan di Malaysia.  Salah satu pencapaian penting Institut terhasil dari dialog-dialog ini ialah mendapatkan penangguhan sehingga 14 Ogos 2005 untuk penyerahan Borang C untuk syarikat yang tahun berakhirnya 31 Disember;

Dialog Audit Cukai dan Penyiasatan dengan LHDN bagi menjelaskan beberapa isu praktikal yang timbul dari pelaksanaan dan pematuhan Sistem Taksiran Sendiri untuk syarikat dan individu, yang mempunyai implikasi besar kepada pembayar cukai dan agen cukai/akauntan mereka, terutamanya tentang audit cukai dan penyiasatan.  Keperluan untuk Rangkakerja Audit Cukai dan Penyiasatan di samping pelbagai isu tentang cukai audit, tempoh masa, skop, pengenaan denda adalah antara perkara yang dibangkitkan dengan LHDN.

Lembaga Penyuntingan

Pada tahun ini, Institut menerusi Lembaga Penyuntingan terus memberi nafas baru kepada terbitannya, Accountants Today, bagi meningkatkan lagi kualiti kandungan dan tarikan rupabentuknya.  Kajiselidik pembaca telah dilampirkan dengan Accountants Today dan segmen “Letter to the Editor” telah diwujudkan bagi mendapatkan maklumbalas dari ahli-ahli.  Berdasarkan maklumbalas yang diperoleh dari ahli-ahli, tindakan dibuat untuk memperbaiki perkara yang diketengahkan oleh ahli-ahli.

Peranan proaktif telah diambil untuk meningkatkan kualiti dan standard artikel dalam Accountants Today.  Langkah-langkah telah diambil untuk mengenal pasti, mengkaji dan membincangkan pelbagai isu tentang profesion dan untuk memaparkan isu-isu ini ke dalam Accountants Today.  Sehubungan dengan itu, satu siri Perbincangan Mejabulat tentang topik yang relevan kepada profesion telah dianjurkan dan dipaparkan sebagai cerita utama pada isu Mac 2005 dan April 2005 Accountants Today.  Tambahan lagi, aktiviti-aktiviti anjuran Institut atau anjuran bersama dengan badan-badan profesional lain seperti NAC, NafMA, NACRA dan BIAPA turut dipaparkan di dalam majalah tersebut.  Inisiatif ini menyumbang kepada kepentingan Institut dan meningkatkan status ahli-ahli melalui penyediaan platform yang efektif untuk perkongsian maklumat menerusi Accountants Today bagi membangunkan dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat serta meningkatkan amalan perakaunan.

Langkah turut diambil untuk memperbaiki ‘rupa dan rasa’ Accountants Today – terutamanya reka bentuk dan penggunaan grafik.  Turut dipersetujui bahawa usaha ini akan berterusan, sebagai sebahagian dari komitmen Institut untuk menyajikan pembacanya majalah yang bukan sahaja semasa dan bermaklumat, tetapi juga menarik perhatian.

 

Perhubungan Awam

Dalam tempoh yang dilaporkan, Institut telah mengadakan pelbagai program perhubungan awam untuk meningkatkan imej korporat baru Institut, mengukuhkan strategi jenamanya dan mempromosi profesion perakaunan di Malaysia.  Sehubungan dengan “MIA Logo Design Contest” yang diadakan pada awal 2004, logo yang baru, dinamik dan memikat telah dipilih untuk mewakili Institut.  Dipamerkan kepada ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan ke-18 pada bulan September 2004 dan dilancarkan secara rasminya semasa NAC 2004, logo baru tersebut telah memberi kesan mendalam memaparkan jenama yang dikenali untuk Institut.  Pada masa yang sama, ‘tagline’ korporat yang baru iaitu  “Accountants: Managers of Value” telah diterimapakai.  Langkah telah diambil untuk mengawasi hak harta intelektual Institut pada logo dan ‘tagline’, menerusi pendaftaran kedua-duanya.

 

Salah satu inisiatif utama yang diambil pada tahun ini bagi meningkatkan imej Institut dan mempromosi profesion termasuklah menganjurkan beberapa forum bertajuk “The Accountancy Profession” dengan guru-guru perakaunan dan kaunselor-kaunselor sekolah.  Forum-forum ini yang diadakan di Lembah Kelang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dalam tempoh yang dilaporkan, dan  dua lagi akan diadakan di Sabah dan Sarawak pada bulan Julai 2005, bertujuan untuk menonjolkan Institut dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar tentang profesion perakaunan.  Dengan objektif yang sama, Institut mengambil 11 buah tapak dan menganjurkan Pavillion Perakaunan yang pertama di Pesta Pendidikan Star 2005 yang berlangsung pada bulan Januari 2005 di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur.  Pavilion Perakaunan dan forum-forum tersebut menggambarkan usaha Institut untuk meningkatkan profesion perakaunan.

Pada bulan Januari 2005, Institut yang diterajui oleh Presiden telah mengadakan kunjungan hormat ke Yang Berhormat Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di pejabatnya.  Semasa lawatan, delegasi memaklumkan YB Menteri perkembangan terkini profesion, juga langkah-langkah proaktif  yang diambil oleh Institut dalam usaha untuk setanding dengan perkembangan negara dan antarabangsa yang melibatkan  profesion perakaunan.

Bagi mengukuhkan dan meningkatkan kecenderungan media terhadap acara-acara dan aktiviti-aktiviti Institut, taklimat sambil makan tengahari telah dianjurkan untuk wartawan-wartawan perniagaan dari New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP)  pada bulan Ogos 2004, manakala dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) pula pada bulan April 2005.

Pelbagai wawancara media telah diatur dengan media cetak dan media penyiaran sepanjang tahun.  Pada bulan Oktober 2004, Presiden Institut, Datuk Abdul Samad Haji Alias (Dr) dan Ahli Majlis, Dato’ Nordin Baharuddin, masing-masing telah diwawancara di program televisyen RTM, ‘Fast Forward’ dan ‘Bisnes Malaysia’.  Manakala, seorang lagi ahli Majlis, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed muncul dalam berita ASTRO pada bulan September 2004.  Wawancara  bertujuan untuk membentuk kesedaran dikalangan awam tentang perkembangan profesion perakaunan di Malaysia dan luar negara.

Bagi menyampaikan penghargaan profesion kepada sumbangan bekas Akauntan Negara,  Dato’ Othman Abdullah dan mengalu-alukan Akauntan Negara yang baru dilantik Encik Mohd Salleh Mahmud, Institut telah menganjurkan bersama dengan MICPA sebuah majlis makan malam khas pada 10 Jun 2005.  Presiden Institut, ahli Majlis dan wakil-wakil dari badan perakaunan profesional adalah antara tetamu yang hadir memberikan penghormatan kepada bekas Akauntan Negara dan Akauntan Negara yang baru dilantik.

Sebagai warga korporat yang prihatin, Institut turut menyokong perkembangan dan peningkatan komuniti.  Sehubungan dengan itu, Institut mengadakan projek komuniti dengan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) pada bulan Ogos 2004.  Kakitangan Institut turut membuat kebajikan dengan menderma barang-barang yang masih berkeadaan baik kepada keluarga-keluarga di Kuala Muda, Kedah yang menerima kesan dari bencana tsunami, yang turut melanda beberapa tempat di Asia dan Afrika timur pada 26 Disember 2004.

Perhubungan Antarabangsa

Sepanjang tahun yang dilaporkan, Institut telah meningkatkan promosi kepentingan profesion di Malaysia dengan melibatkan diri secara aktif dalam beberapa dialog, meningkatkan kerjasama dan usahasama dengan pelbagai negara dan badan-badan perakaunan mereka di peringkat antarabangsa dan serantau.  Institut turut mengawasi secara teliti aliran global dan perkembangan yang melibatkan profesion perakaunan tempatan seperti perkembangan piawaian profesional dan etika, isu-isu pematuhan dan pendidikan, serta juga proses globalisasi dan liberalisasi perdagangan dalam perkhidmatan.

Dalam melaksanakan fungsi yang penting ini, Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa dan Projek-projek Khas, Jabatan Piawaian dan Jabatan Pendidikan menyediakan sokongan Urus Setia kepada  Jawatankuasa Globalisasi dan Liberalisasi, wakil-wakil Institut ke Jawatankuasa Pendidikan IFAC, Jawatankuasa Akauntan Profesional dalam Perniagaan IFAC dan Jawatankuasa Sektor Awam IFAC, serta wakil-wakil Institut ke pelbagai badan perakaunan serantau.

Persekutuan Akauntan ASEAN

Persekutuan Akauntan ASEAN (AFA) ditubuhkan untuk berkhidmat sebagai organisasi penaung untuk persatuan-persatuan perakaunan profesional kebangsaan bagi negara-negara ASEAN.  Antara objektifnya adalah untuk menubuhkan bahantara bagi hubungan rapat, kerjasama serantau, dan bantuan bersama antara akauntan-akauntan ASEAN, juga untuk meningkatkan kemajuan berterusan profesion perakaunan di rantau ini menerusi usahasama akauntan-akauntan ASEAN.

Institut terus memainkan peranan yang aktif dalam Majlis AFA.  Institut telah menghantar wakil kesemua 3 mesyuarat Majlis AFA yang diadakan dalam tempoh yang dilaporkan. 

Persekutuan Akauntan Asia dan Pasifik

Persekutuan Akauntan Asia dan Pasifik (CAPA) mewakili organisasi perakaunan kebangsaan di rantau Asia-Pasifik.  Objektif utama CAPA ialah menerajui perkembangan, peningkatan dan kerjasama profesion perakaunan di rantau Asia-Pasifik bagi membolehkan profesion menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi secara konsisten bagi kepentingan awam.  CAPA mempunyai keahlian seramai 31 buah organisasi perakaunan kebangsaan di 21 buah negara.

Sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif CAPA dan Jawatankuasa Strategik CAPA, wakil-wakil Institut mengambil bahagian dalam perkembangan projek-projek untuk manfaat ahli-ahli kepada ahli badan organisasi CAPA, dan perbincangan tentang isu-isu strategik yang memberi kesan kepada profesion di rantau ini. Perwakilan Institut di Jawatankuasa Strategik CAPA telah dilanjutkan selama setahun sehingga Mei 2006.  Sepanjang tahun yang dilaporkan, Institut mengambil bahagian dalam 2 buah mesyuarat iaitu di Jawatankuasa Eksekutif CAPA dan Jawatankuasa Strategik CAPA yang diadakan di Colombo, Sri Lanka pada bulan November 2004 dan di Hangzhou, China pada bulan Mei 2005.

Pada bulan Mei 2005, Institut telah dilantik ke Badan Bertindak IKS CAPA.  Badan Bertindak IKS CAPA telah diberi tugas mendapatkan maklum balas tentang isu yang berkaitan IKS di rantau Asia-Pasifik bagi membolehkan CAPA mengatur strategi dalam menyumbang kepada usaha-usaha semasa oleh IASB ke arah membentuk piawaian perakaunan khusus untuk IKS.

Pesekutuan Akauntan Antarabangsa

Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC) ialah organisasi sedunia untuk profesion perakaunan.  Misi IFAC adalah untuk terus mengukuhkan profesion perakaunan sedunia dan menyumbang kepada perkembangan kekuatan ekonomi antarabangsa dengan memperkenal dan meningkatkan sokongan kepada piawaian profesional berkualiti tinggi, meneruskan pemusatan antarabangsa piawaian tersebut dan menyuarakan isu-isu kepentingan awam yang mana kepakaran profesion amat relevan, demi untuk berkhidmat bagi kepentingan awam. Jumlah keahlian terkini IFAC adalah sebanyak 163 buah badan perakaunan profesional di 119 buah negara, yang mewakili lebih dari 2.5 juta akauntan dalam amalan awam, industri dan perdagangan, perkhidmatan kerajaan dan akademik.

Institut sentiasa menyokong tugasan IFAC dan meneruskannya pada sepanjang tahun yang dilaporkan. Bagi mempromosi kepentingan profesion perakaunan di Malaysia,  Institut mesti terus sejajar dengan perkembangan sejagat berkaitan dengan profesion.  Menerusi penglibatannya dalam Jawatankuasa Pendidikan IFAC, Jawatankuasa Akauntan Profesional dalam Perniagaan IFAC dan Jawatankuasa Sektor Awam IFAC, Institut dapat mengambil bahagian dan menyumbang kepada pelbagai projek dan aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut untuk kepentingan profesion sedunia.  Pada masa yang sama, wakil-wakil Institut di Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut dengan pengetahuan yang diperoleh, dapat menyumbang dengan lebih efektif kepada pembangunan profesion di Malaysia.

Sumbangan Institut kepada kumpulan perakaunan sejagat telah mendapat pengiktirafan dengan pemilihan Presiden dan ahli Majlis, Datuk Abdul Samad Haji Alias (Dr), ke Lembaga IFAC, badan utama yang mengawal IFAC.  Beliau akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh 3 tahun.

Institut memandang berat tanggungjawabnya bagi memastikan kedudukan dan kepentingan ahli-ahli dan firma ahli tidak dikompromi dalam menghadapi tekanan luar yang timbul dari liberalisasi perdagangan dalam perkhidmatan. Dalam tempoh yang dilaporkan, Institut bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Jabatan Akauntan Negara (JAN), National Profesional Services Export Council (NAPSEC) dan Profesional Services Development Corporation (PSDC) bagi menjelaskan kedudukan dan pandangan tentang isu-isu yang melibatkan profesion perakaunan.

Sepanjang tahun ini, Institut terlibat dalam proses rundingan berkaitan dengan liberalisasi perdagangan dalam perkhidmatan di peringkat pelbagai hala, serantau dan dua hala.

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

Perundingan perdagangan dua hala Malaysia tentang perdagangan dalam perkhidmatan menurut GATS dikendalikan oleh MITI menerusi ketua perunding perdagangan negara di Geneva.  Kerjasama rapat terjalin antara Institut dengan MITI berhubung perundingan dalam sektor Perkhidmatan Perakaunan, Pengauditan dan Simpan Kira (CPC 892) dan Perkhidmatan Percukaian (CPC 863).  Institut juga meneliti dengan penuh minat terhadap sektor perkhidmatan perundingan pengurusan (CPC 865) dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perundingan pengurusan.

Pada tahun yang dilaporkan, Malaysia telah membentangkan tawaran awalnya untuk beberapa sektor bagi Doha Round.  Selaras dengan arah strategik Institut untuk liberalisasi perkhidmatan, status quo komitmen sektor perkhidmatan berkaitan perakaunan seperti yang diperkenalkan di Uruguay Round dikekalkan dan tidak termasuk di dalam tawaran awal bagi Doha Round.

Perjanjian Rangkakerja Perkhidmatan ASEAN (AFAS)

Institut terlibat dalam perundingan di bawah AFAS, yang mencapai peningkatan mendadak.  Perundingan ini dijalankan di mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan ASEAN (CCS).  Institut telah diwakili di semua 5 buah mesyuarat yang telah dijalankan dalam tempoh yang dilaporkan.

Mesyuarat CCS menumpukan kepada peringkat akhir Komitmen Pakej Ke-Empat untuk Perundingan Pusingan Ke-tiga di bawah AFAS yang dimasukkan semasa mesyuarat CCS ke-37 di Yangon, Myanmar dengan perhatian penuh kepada pakej-pakej ini di Mesyuarat menteri-menteri Ekonomi ASEAN pada bulan September 2004.  Dengan input Institut, peningkatan komitmen untuk perkhidmatan Perakaunan, Pengauditan dan Simpan Kira (CPC 862) dan perkhidmatan Percukaian (CPC 863) dimasukkan di dalam pakej komitmen Malaysia.

Kerja-kerja di mesyuarat-mesyuarat CCS (mesyuarat ke-38 hingga ke-42) semasa tempoh yang dilaporkan menumpukan kepada mengenalpasti program kerja untuk perundingan Pusingan ke-Empat yang baru, sub-sektor umum yang dipersetujui bersama untuk dirunding dan pembentangan tawaran mula yang diperbaiki dari setiap negara ahli ASEAN.

Selaras dengan deklarasi Ketua-ketua ASEAN di Bali Concord II pada bulan November 2003 untuk melengkapkan Susunan Pengiktirafan Bersama (MRAs) untuk kelayakan dalam perkhidmatan profesional utama pada tahun 2008, Kumpulan Pakar tentang MRAs turut dibentuk di antara rangkakerja CCS, dengan tugas memperkembangkan MRAs bagi setiap sektor perkhidmatan profesional.  Institut terus memainkan peranan yang aktif dan peranan utama dalam mesyuarat Kumpulan Pakar dalam membentuk Rangkakerja ASEAN MRA untuk Perkhidmatan Perakaunan yang dijadualkan berakhir pada bulan September 2006.

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

Selaras dengan polisi liberalisasi Kerajaan dalam menggunakan FTA sebagai mekanisme penting untuk liberalisasi selepas susunan pelbagai hala (WTO) dan serantau (AFAS), Institut turut mengambil bahagian dalam menjelaskan kedudukannya dan melibatkan diri dalam proses rundingan untuk perjanjian kerjasama dua hala berikut:

· ASEAN-China FTA
· Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (MJEPA)
· Malaysia-Australia FTA
· Malaysia-New Zealand FTA
· Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement (CECA)


Perundingan untuk kebanyakan dari perjanjian ini (kecuali untuk MJEPA) masih dalam proses, dijangka akan siap dalam tahun depan.

Penyusunan dan Kerjasama Dua Hala

Tempoh yang dilaporkan turut menyaksikan sejarah tercipta dengan tertandatangannya Perjanjian Rangkakerja untuk MRA antara Institut dengan Indonesian Institute of Accountants (IAI) di Jogjakarta, Indonesia pada 14 Disember 2004.  Majlis menandatangan Perjanjian Rangkakerja antara kedua pihak telah disaksikan oleh lebih 500 delegasi yang menghadiri Konvension Akuntan Nasional (KAN) IAI yang dilangsungkan setiap empat tahun.

Perjanjian Rangkakerja ini, yang pertama antara badan perakaunan kebangsaan ASEAN, adalah hasil dari hubungan kerja rapat Institut dengan IAI yang terbentuk melalui Memorandum Kefahaman antara kedua belah pihak pada bulan Oktober 2003.  Menurut Perjanjian Rangkakerja, Institut dan IAI telah setuju untuk bekerjasama tentang pengiktirafan bersama keahlian masing-masing dengan tujuan memudahkan pergerakan akauntan profesional antara kedua buah negara.  Perjanjian Rangkakerja menyediakan Peta Panduan untuk Pengiktirafan Bersama selama 5 tahun untuk di awasi oleh kedua pihak bagi mencapai matlamat ini.

Institut turut memandang berat tanggungjawabnya untuk membantu negara yang kurang membangun di rantau ASEAN bagi memperkembangkan profesion perakaunan di negara masing-masing.  Sehubungan itu, Institut kini meneruskan mekanisme untuk kerjasama rapat dengan badan perakaunan kebangsaan Cambodia, Laos dan Vietnam.

F.   PERUNTUKAN BANTUAN KEPADA AHLI-AHLI BAGI TUJUAN MELINDUNGI ATAU MEMPROMOSI KEBAJIKAN AHLI-AHLI

Institut diberi kuasa menurut Akta Akauntan, 1967 untuk memberi atau menyediakan bantuan kepada ahli-ahli sebagaimana yang difikirkan wajar, bagi tujuan melindungi atau mempromosi kebajikan ahli-ahli.  Objektif Institut dalam menjalankan fungsi ini adalah untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli dalam keadaan tertentu bagi membolehkan semua ahli terus berkembang dan menyedari kebolehan mereka sebagai akauntan.  Fungsi ini dijalankan sepanjang tahun yang dilaporkan menerusi pelbagai inisiatif.

Jabatan-jabatan Piawaian, Percukaian, Hal Ehwal Amalan, Perundangan dan Penguatkuasaan telah melayan pertanyaan dari ahli-ahli, Jawatankuasa-jawatankuasa dan Majlis, terutamanya tentang isu-isu teknikal, tafsiran piawaian profesional dan etika, penggunaan dan kesan perkembangan baru dalam perundangan dan penyataan-penyataan lain yang memberi kesan kepada profesion perakaunan. Soalan-soalan lazim dan jawapan berkenaan dengan soalan-soalan lazim turut disediakan dan diletakkan di laman web Institut dari masa ke semasa.

Institut mengeluarkan Buku Panduan Ahli-ahli kepada ahli-ahlinya dalam bentuk CD-ROM yang mengandungi Akta Akauntan, 1967, Kaedah-kaedah yang terdapat di bawahnya, Undang-undang Kecil Institut, Piawaian Pengauditan Malaysia yang Diluluskan, Panduan Amalan yang Dicadangkan, Nota Panduan Insolvensi, Pernyataan Antarabangsa tentang Perakaunan Pengurusan, Garis Panduan Perakaunan Pengurusan Malaysia dan Garis Panduan Audit Dalaman.  Kandungan Buku Panduan Ahli boleh didapati di laman web untuk memudahkan ahli-ahli membuat rujukan.

Institut telah menjalankan projek “e-Newsletter” bagi menyediakan berita terkini untuk ahli-ahlinya tentang isu teknikal dan isu-isu lain melalui e-mel.  Projek ini, yang dipanggil “MIA e-News”, dijangka akan dilancarkan pada bulan Julai 2005.

Sepanjang tahun, Institut terus menganjurkan Kursus Induksi untuk ahli-ahli barunya, bagi membolehkan mereka memahami Institut, fungsi-fungsi dan proses-prosesnya, serta juga pemahaman secara ringkas tentang Undang-undang Kecil (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika). Institut turut menganjurkan kursus yang lebih khusus kepada ahli-ahli yang terlibat dalam amalan awam, bagi mendidik dan membantu mereka dalam hal-hal yang melibatkan amalan awam.

Projek lain yang dijalankan oleh Institut ialah kerjasama dengan Bumiputera-Commerce Bank Berhad (BCB) mengeluarkan skim pinjaman baru kepada ahli-ahi di amalan awam yang dikenali sebagai “BCB Fast Track – PRO Finance”.  Skim pinjaman ini akan ditawarkan oleh BCB kepada ahli-ahli di amalan awam dan/atau firma mereka yang berdaftar dengan Institut (bergantung pada terma dan syarat).  Projek ini dijangka akan selesai pada tahun depan.

Menerusi pelbagai Jawatankuasa, Institut turut menjalankan inisiatif berikut untuk membantu ahli-ahli:

Perakaunan dan Pengauditan

Pada bulan Julai 2004, Institut mengeluarkan “Sample Annual Report 2003” untuk membantu ahli-ahli dalam penyediaan penyata kewangan untuk syarikat-syarikat persendirian terhad. “Sample Annual Report 2003” merangkumi keperluan pendedahan piawaian MASB No. 1 – 32.

Institut menyediakan panduan kepada ahli-ahli menerusi pengeluaran Panduan Amalan yang Dicadangkan (RPG) 6: “Update on Auditor’s Report on Financial Statements” pada bulan Mac 2005 bagi membantu ahli-ahli amalan dalam menjelaskan tanggungjawab mereka menurut Akta Syarikat 1965 berkaitan dengan laporan juruaudit.  RPG 6 dikeluarkan setelah Institut mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Dalam tempoh yang dilaporkan, Institut turut mengeluarkan contoh surat perjanjian audit untuk panduan ahli-ahli.  Surat tersebut terkandung di Lampiran kepada AI 210  berkaitan dengan “Letter of Engagement”, yang akan digunakan serentak dengan Piawaian Pengauditan Antarabangsa dan perlu diubah menurut keperluan individu atau keadaan.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Panduan lengkap Pencegahan Wang Haram untuk akauntan dan setiausaha syarikat yang merupakan ahli Institut telah dikeluarkan pada 1 Julai 2004.  Panduan ini dibentuk untuk membantu ahli-ahli yang terbabit dalam memahami dan mematuhi obligasi baru menurut AMLA yang berkuatkuasa pada 30 September 2004.  Panduan tersebut turut mengandungi Soalan-soalan Lazim, contoh-contoh Transaksi Diragui, serta juga bantuan teknikal lain bagi ahli-ahli yang terlibat.  Carta aliran lengkap untuk membantu pematuhan turut dikeluarkan kepada ahli pada 1 Julai 2004.  Majlis Institut telah meluluskan pengeluaran Edisi Kedua Panduan tersebut yang dikemaskini pada 27 Mei 2005, berkuat kuasa dari 1 Julai 2005.

Institut juga menyebarkan maklumat dan berita teknikal terkini kepada ahli-ahli tentang perkembangan terbaru berkenaan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram menerusi surat pekeliling dan artikel di dalam Accountants Today.  Maklumat semasa dan terkini turut disediakan kepada ahli-ahli di laman web Pencegahan Wang Haram yang baru dibentuk menerusi laman web Institut, yang mengandungi perkara berikut:

Perundangan yang relevan termasuklah Perintah Invokasi yang diwartakan pada 30 September 2004;
Surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Institut dan artikel yang diterbitkan di Accountants Today;
Sumber dan Panduan Teknikal termasuklah Panduan, Carta Aliran, presentasi dari Program ke seluruh negara (lihat di bawah) dan Buku Panduan BNM AML-CTF;
Soalan-soalan Lazim;
Pautan ke sumber berguna atau laman web berkaitan.

Sebagai sebahagian dari aktiviti CPE, Institut dengan kerjasama BNM, telah menganjurkan siri program ke seluruh negara untuk memberi kesedaran dan menyediakan maklumat tentang lanjutan obligasi  melapor berkaitan AMLA kepada  akauntan dan setiausaha syarikat yang menyediakan perkhidmatan tertentu kepada klien mereka. Lebih 1,200 orang peserta menghadiri program ½ hari ni, yang mana presentasi telah dibuat oleh  pegawai dari Unit Perisikan Kewangan, BNM dan ahli-ahli Institut dari Badan Bertindak Pencegahan Pengubahan Wang Haram.  Siri program yang pertama telah berjaya dilancarkan oleh Timbalan Gabenor BNM pada 6 Julai 2004.  Selain dari ini, 16 buah program lagi telah diadakan pada bulan Julai, Ogos dan September 2004 di semua negeri di Malaysia.  Analisa penyertaan program ini di 17 buah lokasi boleh dilihat di bawah.

 

Lokasi 

Tarikh

Bilangan yang Hadir

1

Kuala Lumpur

6 Julai 2004

225

2

Seremban

13 Julai 2004

40

3

Melaka

20 Julai 2004

44

4

Ipoh

2 Ogos 2004

56

5

Alor Setar

5 Ogos 2004

23

6

Penang

6 Ogos 2004

96

7

Kota Bahru

9 Ogos 2004

29

8

Kuala Terengganu

10 Ogos 2004

21

9

Kuantan

11 Ogos 2004

39

10

Kuching

16 Ogos 2004

67

11

Miri

17 Ogos 2004

48

12

Sandakan

19 Ogos 2004

53

13

Kota Kinabalu

20 Ogos 2004

66

14

Johor Bahru

24 Ogos 2004

88

15

Petaling Jaya

26 Ogos 2004

247

16

Labuan

14 September 2004

42

17

Bintulu

16 September 2004

40

 

JUMLAH

 

1,224

Bagi memastikan tahap kesedaran dan kesediaan firma-firma ahli tentang pematuhan obligasi di bawah AMLA, Institut telah mengeluarkan Kaji selidik Pematuhan AMLA 2005 pada 6 Jun 2005.  Kaji selidik ini menyediakan beberapa soalan yang dibentuk untuk mendapatkan maklum balas dari firma-firma ahli agar Institut akan berkedudukan yang lebih baik untuk mengenal pasti bagaimana untuk menyediakan bantuan selanjutnya kepada ahli-ahli yang terlibat untuk mematuhi obligasi di bawah AMLA.  106 maklum balas telah diterima dari 1800 kaji selidik yang dihantar kepada firma-firma ahli (kadar maklum balas lebih kurang 5%). Hasil dari Kaji selidik akan dikumpul dan dianalisa oleh Institut untuk menyediakan bantuan selanjutnya kepada ahli-ahli dan/atau firma-firma ahli pada tahun akan datang.

Amalan Undang-undang Syarikat

Institut bersama-sama dengan MICPA telah menghantar memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan penjelasan dan memajukan pendapat Institut dan MICPA tentang pindaan kepada Akta Peminjam Wang 1951. Institut telah melayan pelbagai pertanyaan oleh ahli-ahli mengenai perkara ini.

Di samping itu, Institut turut menjalankan penyelidikan dan meneliti pelbagai isu yang melibatkan setiausaha syarikat seperti pengenalan sistem dokumen pengurusan CBS-ROC oleh SSM, Kod Etika untuk Setiausaha Syarikat dan operasi penguatkuasaan oleh SSM.

Etika

Ahli-ahli disediakan maklumat bernilai dan tepat tentang Undang-undang Kecil B-1 yang baru dari segi Kebebasan Profesional dan pindaan kepada seksyen Interpretasi, Undang-undang Kecil Institut (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika), serta juga artikel-artikel serta maklumat terkini yang berkaitan  menerusi surat pekeliling, Accountants Today dan laman web Institut.

Institut turut menganjurkan siri Penerangan kepada Pengamal ke seluruh negara kepada ahli-ahli dalam amalan awam, rakan kongsi dan kakitangan mereka secara percuma berkenaan dengan Undang-undang Kecil B-1 yang baru tentang Kebebasan Profesional dan pindaan kepada seksyen Interpretasi kepada Undang-undang Kecil (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika), bagi meningatkan kesedaran dan memberi panduan kepada ahli-ahli.  Lebih daripada 1,000 orang peserta menghadiri Penerangan kepada Pengamal yang dianjurkan secara percuma ini, yang mana presentasi telah dilakukan oleh ahli Majlis dan kakitangan Urus Setia Institut. Sesi Penerangan kepada Pengamal yang pertama telah dilancarkan pada 7 Julai 2004 di Suruhanjaya Sekuriti. Di samping itu, 16 buah sesi Penerangan telah diadakan pada bulan Julai, Ogos dan September 2004 di semua negeri di Malaysia.  Analisa penyertaan di sesi Penerangan di 17 buah lokasi tersebut dapat dilihat di bawah.

 

Lokasi 

Tarikh

Bilangan yang Hadir

1

Kuala Lumpur

7 Julai 2004

249

2

Seremban

13 Julai 2004

36

3

Melaka

20 Julai 2004

39

4

Ipoh

2 Ogos 2004

46

5

Alor Setar

5 Ogos 2004

18

6

Penang

6 Ogos 2004

81

7

Kota Bahru

9 Ogos 2004

31

8

Kuala Terengganu

10 Ogos 2004

16

9

Kuantan

11 Ogos 2004

19

10

Kuching

16 Ogos 2004

98

11

Miri

17 Ogos 2004

33

12

Sandakan

19 Ogos 2004

41

13

Kota Kinabalu

20 Ogos 2004

68

14

Johor Bahru

24 Ogos 2004

72

15

Petaling Jaya

26 Ogos 2004

172

16

Labuan

14 September 2004

15

17

Bintulu

16 September 2004

21

 

JUMLAH

 

1,055

Amalan Insolvensi

Institut, dalam menangani isu yang dihadapi oleh pengamal berkaitan dengan undang-undang dan amalan insolvensi dan penstrukturan korporat, telah menyediakan panduan dan bantuan teknikal dalam bidang ini.  Nota Panduan Insolvensi 1-7 yang  dikeluarkan oleh Institut   turut disemak dan dikemaskini bagi memastikan keseragaman dan ketepatannya selaras dengan pindaan kepada Undang-undang Kecil Institut (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika).

Institut turut menyediakan nasihat ad hoc tentang prosedur likuidasi kepada Jawatankuasa Penyiasatan Institut.  Institut membincangkan dan menjelaskan secara lanjut tentang keperluan kebebasan untuk “non-assurance engagements” yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Institut (Tentang Kelakuan Profesional dan Etika), yang antara lainnya, selaras dengan peruntukan yang relevan di dalam Nota Panduan Insolvensi.

Akauntan Profesional dalam Perniagaan

Institut menyediakan maklumat yang tepat dan berguna kepada ahli-ahlinya menerusi penerbitan artikel yang memenangi Anugerah Artikel Merit dalam Accountants Today. Institut turut menjalankan kaji selidik yang telah dihantar pada 31 Mac 2005 bagi mengenal pasti keperluan ahli-ahli yang merupakan akauntan profesional dalam perniagaan, untuk memberi sokongan dan bantuan tambahan dari Institut. Kaji selidik tersebut menyelidik tahap perkhidmatan terkini dan kemudahan yang diberikan kepada akauntan profesional dalam perniagaan dan dalam bidang yang memerlukan peningkatan. Kaji selidik tersebut dijalankan ke atas sampel yang dipilih dari 5,000 orang ahli. Hasil kaji selidik dijangka akan diperolehi pada bulan Julai 2005. 

Amalan Awam

Beberapa aktiviti dan program khusus telah dimulakan untuk faedah ahli-ahli dalam amalan-amalan seperti berikut:

Siri Dialog bagi Pengamal-pengamal telah diadakan di negeri-negeri yang berlainan di Malaysia pada bulan Julai dan Ogos 2004 bagi memaklumkan ahli-ahli pengamal tentang isu-isu terkini yang melibatkan  pengamal dan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Institut untuk membantu pengamal dalam bidang yang berkaitan;

Lawatan ke Kementerian Kewangan untuk menjelaskan isu tentang keperluan pelesenan juruaudit dan pengenalan kepada borang baru yang akan dilengkapkan untuk memperbaharui lesen audit;

Penerangan kepada Pengamal telah diadakan untuk membincangkan isu-isu dan cadangan-cadangan yang melibatkan ahli-ahli di amalan awam seperti Aspek Praktikal Menilai Perisian, Pengurusan Risiko bagi amalan bukan audit, Program Vendor Teknologi Maklumat dan Proses Temuduga bagi mendapatkan Lesen Penyelesai;

Kursus dua hari bertajuk “Commencement of Public Practice” telah diadakan sebanyak dua kali dalam tempoh yang dilaporkan, iaitu pada 4-5 Ogos 2004 dan 9-10 Mac 2005 untuk mendidik ahli-ahli tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan awam, memandangkan terdapat peningkatan jumlah permohonan untuk menubuhkan firma audit dan firma bukan audit;

Seminar separuh hari tentang perancangan kewangan bertajuk “Will Latest Developments Affect You?” telah diadakan pada 15 September 2004.  Ketua Pelesenan Suruhanjaya Sekuriti telah dijemput untuk berkongsi keperluan lesen menurut Akta Industri Sekuriti, 1983 untuk pengetahuan ahli-ahli;

Soalselidik tentang perancangan kewangan telah dihantar kepada 5,000 orang ahli pada 31 Mac 2005 bagi mendapatkan anggaran jumlah ahli yang berminat dalam perancangan kewangan dan juga jenis bantuan yang boleh disediakan oleh Institut kepada ahli-ahli dalam bidang ini;

Satu penyelidikan telah dijalankan tentang beberapa isu yang memberi kesan kepada  pengamal dan maklumat telah disebarkan  tepat pada waktunya menerusi artikel-artikel dalam Accountants Today, surat pekeliling dan laman web Institut, termasuklah isu seperti pemberitahuan dari pihak mengawalselia, bidang perancangan kewangan dan perkara-perkara berkaitan pasaran modal;

Institut sekali lagi menjalankan projek “Digital Directory of Member Firms” bagi meningkatkan profil ahli-ahli dalam amalan awam dengan menyediakan Buku Panduan Digital yang akan membolehkan pengguna mengakses maklumat-maklumat firma-firma ahli seperti nama firma ahli, nombor firma, alamat, nombor telefon dan faksimili, alamat e-mel dan URL.  Buku Panduan Digital ini dikeluarkan dalam bentuk CD-Rom dan telah diedarkan kepada firma-firma ahli.

Percukaian

Institut telah menyerahkan Memorandum Belanjawan kepada MOF pada 4 April 2005 bersempena dengan Belanjawan Negara 2006.  Memorandum Belanjawan ini mengandungi beberapa usul bagi mempertingkatkan sistem cukai dan untuk memastikan proses cukai berjalan dengan lancar. Institut dengan bangganya mengesahkan bahawa 5 dari 7 usul yang dihantar oleh Institut melalui Memorandum Belanjawan untuk Belanjawan Negara 2005 telah diterima oleh Kementerian Kewangan. Ini termasuklah usul-usul Institut tentang penangguhan tarikh akhir pemulangan borang cukai (Borang B) kepada 30 Jun setiap tahun, peningkatan dalam pelepasan individu untuk pembelian buku, jurnal dan majalah, peningkatan dalam rebet untuk pembelian komputer dan perisian tulen, peningkatan dalam tempoh masa pembayaran balik cukai terlebih bayar dan pengenalan kepada cukai nilai tambah untuk penyelarasan cukai tak langsung yang sedia ada.

Dengan kerjasama MICPA dan MIT dan sokongan firma-firma perakaunan utama, Institut telah menerbitkan “2005 Budget Commentary and Tax Information” untuk faedah ahli-ahli dan orang awam.  Buku panduan ini mengandungi maklumat cukai relevan dengan pindaan terkini kepada perundangan yang bersesuaian sebagaimana yang dicadangkan dalam Belanjawan Negara 2005 dan juga maklumat terkini berkenaan cukai yang berkaitan.

Bagi membantu ahli-ahli dan juga orang awam, Institut bersama-sama dengan MIT telah menganjurkan “Budget Hotline” yang dikendalikan oleh panel perunding cukai dari firma-firma perakaunan utama. “Hotline” tersebut menyediakan saluran yang mudah untuk ahli-ahli dan orang awam mendapatkan nasihat dari implikasi sebarang perubahan kepada undang-undang cukai pendapatan setelah Belanjawan 2005 dibentangkan.

Bagi melindungi dan meningkatkan kebajikan ahli-ahli, Institut menghantar beberapa memorandum tentang pelbagai isu cukai kepada badan yang relevan, termasuklah berkenaan audit cukai, penyiasatan cukai, Cukai Barangan dan Perkhidmatan, isu-isu Kastam, Panel Semakan Cukai, isu-isu Teknikal dan Operasi dan Memorandum Teknikal Pra-Belanjawan 2005.

G.   PROJEK-PROJEK LAIN DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN UNTUK MENCAPAI FUNGSI DI ATAS

Pindaan kepada Akta Akauntan, 1967

Sebuah Badan Bertindak telah ditubuhkan pada tahun 2004 untuk membincangkan bahagian tertentu di dalam Akta Akauntan, 1967 yang memerlukan pindaan.  Ini adalah untuk memastikan Akta tersebut kekal relevan dan dinamik untuk menghadapi cabaran dan keperluan profesion perakaunan di Malaysia.  Cadangan pindaan jangka pendek kepada Akta Akauntan, 1967 telah didraf dan dihantar kepada Jabatan Akauntan Negara  dan perbincangan ke atas pindaan-pindaan ini sedang berjalan.

Pembangunan dan Promosi

Bagi membolehkan Institut membangun, menyokong dan mengawal kualiti dan kemahiran, selaras dengan amalan baik sejagat dalam profesion perakaunan bagi kepentingan pihak yang kepentingan seperti yang terkandung dalam misinya, sumber pendapatan tambahan dan peningkatan yang tetap dalam jumlah keahlian untuk jangka panjang adalah perlu.  Sehubungan dengan itu, sejumlah aktiviti-aktiviti pembangunan dan promosi telah dijalankan oleh Institut menerusi Jabatan Pembangunan dan Promosi, Jabatan Perhubungan Awam, Jabatan Hal Ehwal Keahlian dan Jabatan Pendidikan.

Bagi meningkatkan keahlian, Institut bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti berikut:

Mengambil bahagian dalam 5 buah forum bertajuk “The Accountancy Profession” dengan guru-guru perakaunan dan kaunselor-kaunselor sekolah dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan profil profesion dan untuk mempromosi perakaunan sebagai kerjaya dikalangan pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar sekolah, bagi menggalakkan mereka memilih perakaunan sebagai karier pilihan.  Ini juga platfom untuk badan-badan perakaunan profesional dan universiti-universiti tempatan yang diiktiraf untuk berkumpul dan mewujudkan kesedaran dikalangan kaunselor-kaunselor sekolah, yang kemudiannya akan mengedar dan memberi maklumat kepada pelajar-pelajar.  5 buah forum tersebut telah diadakan di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dalam tahun yang dilaporkan manakala dua lagi akan di adakan di Sabah dan Sarawak;

Mengambil bahagian dalam Pesta Pendidikan STAR pada 8-9 Januari 2005 dan menganjurkan Pavilion Perakaunan, yang mana 4 buah badan perakaunan profesional turut terlibat;

Mengambil bahagian dalam Expo Pendidikan Perak, Festival Perakaunan UiTM, Pesta Kerjaya Universiti Multimedia (MMU) dan Hari Kerjaya Petronas Gas Berhad;

Mengedarkan maklumat tentang profesion perakaunan ke sekolah-sekolah menengah yang kaunselor sekolahnya mengambil bahagian dalam forum yang di atas.

Dalam mempromosi keahlian Institut, promosi yang lebih efektif menerusi cawangan-cawangan yang efisyen akan dititikberatkan pada tahun akan datang.  Walaupun kebanyakan dari aktiviti meningkatkan keahlian dijalankan oleh pejabat Institut di Kuala Lumpur, sebahagian dari fungsi ini boleh ditingkatkan menerusi sumbangan pejabat cawangan di luar Kuala Lumpur.

Aktiviti promosi yang lain dijalankan dalam tahun yang dilaporkan oleh Institut.  Institut bekerjasama secara aktif dengan rakan strategik untuk menawarkan faedah yang lebih besar kepada ahli-ahlinya.

Kewangan dan Pentadbiran

Bagi kemudahan pembayaran yuran tahunan oleh ahli-ahli, Institut pada tahun ini memperkenalkan beberapa mekanisme pembayaran baru termasuk kemudahan pembayaran atas talian melalui www.maybank2u.com dan www.rhbbank.com.  Mekanisme ini telah menghasilkan kecekapan yang tinggi dan pembayaran segera yuran tahunan dari ahli-ahli untuk tahun akan datang.

Sepertimana sedia maklum, dana yang banyak diperlukan bagi Institut menjalankan fungsi-fungsinya dengan efektif di bawah Akta Akauntan, 1967, serta pelbagai projek, aktiviti dan inisiatif.  Walaupun yuran tahunan ahli-ahli memberi sumber pendapatan yang teguh, Institut tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumber ini untuk mencapai misinya agar menjadi rakan perniagaan yang dihormati dan diiktiraf di peringkat global serta komited kepada pembangunan negara. 

Selain dari memperoleh pendapatan dari acara-acara CPE dan aktiviti-aktiviti promosi, Institut terus menerimapakai dan melaksanakan pendekatan pengurangan kos.  Institut turut meneroka dan memperguna sumber lain yang dapat dijadikan sebagai aktiviti yang menghasilkan pendapatan termasuklah tajaan acara atau projek ad-hoc seperti NAC. Dengan pendekatan ini, Institut mencatatkan lebihan yang baik bagi tahun kewangan ini.

Tadbir Urus

Majlis, dalam usahanya mempromosi dan memastikan tadbir urus yang lebih baik di Institut, telah menubuhkan Jawatankuasa Audit Majlis dan Jabatan Audit Dalaman bagi Institut.  Jawatankuasa Audit Majlis ialah sebahagian dari struktur tadbir urus korporat. Juruaudit luar serta juruaudit dalam mempunyai akses tanpa batasan kepada Jawatankuasa ini bagi memastikan kebebasan mereka tidak terjejas.

Sepanjang tahun, Jawatankuasa Audit Majlis menyemak akaun pengurusan setiap suku tahun dan penyata kewangan Institut bagi tahun berakhir 30 Jun 2004,  sebelum dibentangkan kepada Majlis.  Jawatankuasa juga menyemak  hasil audit statutori tahunan dan surat pengurusan oleh juruaudit luar bersama-sama dengan maklum balas pengurusan kepada hasil penemuan dan pemerhatian mereka.

Jabatan Audit Dalaman memainkan peranan utama dalam membantu Jawatankuasa untuk mengawasi agar pengurusan mempunyai sistem yang baik tentang pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus. Ini dapat dicapai melalui semakan dan cadangan-cadangan  untuk memperbaik pengurusan risiko terkini, sistem kawalan dalaman  dan proses tadbir urus untuk menyediakan jaminan yang sesuai bahawa sistem sedemikian akan terus beroperasi dengan efektif dan memuaskan.  Di samping itu, semakan terhadap pematuhan ke atas polisi yang dibuat, prosedur, garis panduan dan keperluan statutori turut dijalankan.

Sepanjang tahun, Jabatan Audit Dalaman bekerjasama rapat dengan juruaudit luar Institut dan Jabatan Audit Negara untuk menyemak isu perakaunan dan kawalan bagi memastikan isu-isu penting ditangani oleh pihak pengurusan dengan efektif.

Amalan Awam

Institut sekali lagi mengambil bahagian dalam Skim Latihan Graduan Pasaran Modal pada September 2004 untuk graduan kumpulan ke empat.  Skim tersebut dilancarkan oleh SC menerusi Kementerian Kewangan, dengan objektif membentuk sekumpulan graduan berskil dalam pasaran modal. Skim latihan selama 12 bulan  terdiri dari latihan formal sepenuh masa selama sebulan yang dikendalikan oleh SC, dan kemudiannya latihan dengan industri selama 11 bulan.  Beberapa firma ahli mengambil bahagian dalam skim ini.

H.    CAWANGAN-CAWANGAN

Majlis terus menjalankan fungsi-fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada Institut menurut Akta Akauntan, 1967 dan berkhidmat untuk ahli-ahli bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.  Walaupun kebanyakan dari fungsinya dijalankan dari pejabat Institut di Kuala Lumpur, terdapat juga fungsi yang ditingkatkan melalui sumbangan ahli-ahli di luar Lembah Klang.

Sehingga kini, Majlis telah menubuhkan sebelas (11) buah Cawangan Institut, yang setiap satunya diketuai oleh Jawatankuasa Cawangan:

·         Sabah

·         Sarawak

·         Pahang

·         Kelantan

·         Terengganu

·         Kedah & Perlis

·         Pulau Pinang

·         Perak

·         Negeri Sembilan

·         Melaka

·         Johor

Jawatankuasa Cawangan di Cawangan-cawangan di atas membantu dan menyokong Majlis dan Urus Setia dalam menjalankan fungsi-fungsi berikut:

(i) menganjur dan menjalankan acara-acara CPE di Cawangan-cawangan;
(ii) membantu pemohon-pemohon yang ingin menduduki Peperiksaan Kelayakan MIA (MIA QE);
(iii) mempromosi kepentingan profesion perakaunan;
(iv) menyediakan bantuan kepada ahi-ahli dan pihak-pihak yang berkepentingan yang lain di Cawangan-cawangan.

Bagi memenuhi fungsi-fungsi tersebut, Jawatankuasa Cawangan menganjurkan acara CPE dan dialog-dialog di Cawangan masing-masing.  Mereka juga mewakili Institut di mesyuarat-mesyuarat dan dialog-dialog dengan badan-badan kawalselia seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Bagi mempromosi profesion, ahli Jawatankuasa Cawangan turut mengadakan ceramah kerjaya tentang perakaunan kepada pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang terletak di negeri-negeri berkenaan.  Jawatankuasa Cawangan menyediakan pertalian yang penting antara Majlis dengan ahli-ahli Institut yang tinggal di luar Lembah Klang.  Mereka memainkan peranan yang penting dalam operasi Institut dan memastikan kepentingan semua ahli di seluruh negara ditingkatkan dan dijaga.

KESIMPULAN

Tahun ini sekali lagi merupakan tahun yang bermakna kepada Institut seperti yang dapat disaksikan dari laporan di atas.  Profesion perakaunan di Malaysia dan Institut terus menghadapi cabaran dari dalam negara dan arena global.  Walau bagaimanapun, di mana adanya cabaran, terdapat juga peluang. Profesion serta Institut mesti menghadapi cabaran-cabaran ini dan mempergunakan sepenuhnya peluang yang ada.

Majlis ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli dan bukan ahli yang terpilih, yang mengambil bahagian dalam pelbagai Jawatankuasa, Badan Bertindak dan Kumpulan Kerja Institut, termasuklah mereka yang berada di Cawangan Institut.  Tanpa sumbangan dan komitmen dari individu-individu yang berdedikasi ini, Institut tidak akan dapat berkembang sebagaimana pada tahun lepas dan mencapai lebih banyak kejayaan.  Majlis turut mengucapkan terima kasih kepada individu-individu ini, dan yang lain yang dengan cara mereka sendiri, telah menyumbang kepada perkembangan Institut dan profesion dengan menjadi model contoh dalam bidang yang mereka pilih.

Kakitangan Urus Setia sentiasa menjadi tiang penyokong kepada Majlis, Jawatankuasa-jawatankuasa, Badan-badan Bertindak dan Kumpulan-kumpulan Kerja.  Pada tahun ini, di samping pelbagai tugas yang mereka jalankan, mereka turut menghadapi cabaran baru seperti pelaksanaan sistem pengurusan Kad Skor Seimbang.  Majlis dengan bangganya memaklumkan bahawa mereka telah berjaya melalui cabaran ini dan terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan mereka.  Majlis merakamkan ucapan penghargaan sepenuh hati kepada mereka.

Bagi pihak Majlis


Datuk Abdul Samad Haji Alias (Dr)
Presiden dan
Pengerusi Majlis

Dewan Akauntan, No.2 Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2279 9200, Fax: 603-2274 1783 Email: mia@mia.org.my
©1998 - 2005 Malaysian Institute of Accountants. All rights reserved.

Annual Report 2005
Best View (800 X 600)
Internet Explorer 4.0 above